Nota-nota penting yang diambil semasa kuliah Dhuha di Masjid Al-Azim Melaka pada 11 Jun 2016 (Sabtu). Alhamdulillah dapat luangkan masa menghadiri Kuliah Dhuha Tuan Syamsul Debat, yang mana selama ini asyik tengok beliau dalam televisyen je, kali ini dapat tengok secara live.
- Masyarakat kita selalu menekankan kepada anak-anak untuk berpuasa tapi tidak kepada amalan solat, sedangkan solat adalah lebih penting.
- Makna puasa dari sudut siam adalah menahan diri daripada makan dan minum, berkahwin (bersetubuh) dan bercakap atau berbicara.
- Ramadhan adalah dari perkataan Ramdhu atau bermaksud panas terik.
- Latihan takwa bagi orang mukmin:-
a) Takut kepada Lillahi Taala (Allah SWT)
b) Beramal dengan apa yang disuruh oleh Allah SWT
-- bersahur lewat waktu
-- berbuka awal waktu
-- solat terawih ikut adab
c) Berpada pada yang sedikit (Qanaah)
-- berpada-pada membeli makanan & minuman untuk berbuka, boleh beli banyak jika ada niat untuk bersedekah kepada jiran tetangga
- 4 nikmat yang Allah SWT akan tanya :-
a) Nikmat umur
b) Nikmat muda
c) Nikmat ilmu - disampaikan dan dikongsikan
d) Nikmat harta - diinfak dan disedekahkan kepada saudara mara
- 2 tahap hubungan persaudaraan:-
a) Ishar - biarlah kita susah, yang penting orang lain senang
b) Salamatush sadhr - berlapang dada
- Amalan yang elok dibuat sekeluarga di bulan Ramadhan:-
a) Bangun awal untuk buat aktiviti bersama ahli keluarga
-- mengaji bersama-sama ( apa membezakan antara rumah dengan kubur? SUNYI)
- Kelebihan berpuasa:-
a) Bau mulut
-- dijanjikan Allah SWT ditukarkan kepada bau haruman kasturi
b) Allah SWT akan perindahkan syurga untuk kita yang berbuat amal.
c) Syaitan diikat semasa bulan Ramadhan. Hanya "nafsu" yang mengganggu kita untuk beramal.
d) Malaikat berselawat kepada kita sepanjang hari kita berpuasa.
- Amalan-amalan baik di bulan Ramadhan :-
a) bersedekah
b) beramal
c) berqiamulail
d) menghidupkan 10 malam terakhir
e) hidupkan sunnah Nabi (tamar, istighfar)
- Tip untuk tenangkan hati:-
a) Berselawat banyak-banyak kepada Nabi, malaikat akan berselawat kepada kita
b) Baca setiap hari hati Al-Quran (Surah Yasin)
c) Jika banyak dosa, banyakkan beristighfar
d) Amalkan hauqil (lahawlawala quata ila billahilaliazim)
tq yani...
ReplyDeleteSama-sama ST...semoga kita sama-sama dapat manfaat daripada kuliah dhuha ini.
Delete