10 Mac 2016.
Hahaha...tu la, dah bercuti 3 hari, perasaan malas nak masuk pejabat menjelma pula. Cuti rehat yang purposedly dimohon sebelum cuti sekolah bermula minggu depan. Biasalah kan, masa cuti sekolah orang-orang yang tak ada anak macam kami suami isteri ni manalah "entitle" untuk mohon cuti? Siap diremindkan dalam mesyuarat, kasilah peluang pada staf yang berkeluarga dan ada anak-anak untuk ambil cuti. Fineeee.....aku pun tak hadap nak bercuti masa musim cuti sekolah. Segala benda naik harga termasuklah hotel.
Kebetulan pula lepas handle program rasmi kerajaan negeri minggu lepas, exhausted sangat badan ni, so aku dah rancang siap-siap nak bercuti rehatkan minda dan uruskan beberapa perkara dengan suami. So far, alhamdulillah semua yang dirancang semuanya dapat diselesaikan dalam tempoh 3 hari bercuti ni.
8 Mac 2016 (Selasa)
1) Uruskan urusan kemaskini buku (semak bonus) dan pengeluaran duit dari Tabung Haji dengan suami.
2) Keluar lunch dengan suami di Billionaire's Concept Cuisine
3) Tengok wayang "London Has Fallen". Wow....memang hebat, sampaikan aku minta suami download cerita terdahulu "Olympus Has Fallen".
4) Impian sekian lama nak jejakkan kaki semula ke bangunan Fajar (sekarang dikenali sebagai The Store Plaza Soon Seng). Last pergi Fajar ni masa sebelum masuk sekolah rendah dulu...uish, lama sangat dah.
5) Temankan suami cari kedai permainan di celah-celah bangunan lama The Great Wall. Pun mengimbau kenangan bila jejak kaki di sini.
9 Mac 2016 (Rabu)
1) Alhamdulillah dapat peluang melakukan solat sunat gerhana matahari berdua dengan suami.
2) Ke Klinik Bersalin Dr. Sukhilmi di Senawang. =)
3) Singgah sekejap di rumah mertua, dok berbual kejap.
4) Unplanned trip ke Taman Tema Genting. Berbekalkan waze, alhamdulillah sampai juga akhirnya. Sampai di atas jam 3 petang, solat jamak takdim dulu lepas tu jalan-jalan dalam indoor theme park. Bolehlah kalau setakat nak datang sekali seumur hidup. Pada aku, tak repeat pun tak apa. Azab juga jalan naik dan turun ke Genting ni. Hehehe...pukul 5.00 lebih kami dah turun semula.
10 Mac 2016 (Khamis)
1) Ingat nak gi bawak jubah yang baru beli ke kedai menjahit untuk alter part bawah jubah. Hehe...biasalah ketinggian bukan ikut standard.
2) Tengahari ni suami request masakkan spagetti. Dah siap masak pun. Tunggu nak makan je ni.
3) Jalan-jalan di The Shore Skytower. Akhirnya, dapat juga naik skywalk di tingkat 42 tu.
4) Penamat cuti-cuti kami berdua, kami singgah makan di Bustel di Dataran 1 Malaysia Klebang.

eh, kenapa x cuti rabu kamis jumaat? sambung sabtu ahad... hehehe...lps tu lg lemau nk masuk opis...
ReplyDeleteHuhu, niat hati memang nak cuti mcm tu tapi kena timbang rasa sebab member satu unit nak cuti juga hari khamis & jumaat. Kami ni x boleh cuti serentak, so kena sama-sama kawtim bab cuti.=)
Deletekena remind dlm meting tak bley cuti waktu cuti sekolah. bagi org yg ada anak cuti?
ReplyDeleteHeh! karut je.
Naseb baik kat sini takde macam tu. Pandai2 kita la bahagi2 dgn org unit kita.
Akk kena gak kadang tu cuti masa cuti sekolah. Sbb abg2 akak semua cikgu, dan family trip kami harus kena buat masa cuti sekolah.
NI mggu dpn ni pun akk cuti utk pergi melaka ngan fam abg akak.
KekDa, Yani dah kena situasi ni sejak 7 tahun start kerja kat sini sampai la sekarang. Read between the line....ko belum beranak pinak lagi, so tak payah heboh nak cuti time2 cuti sekolah. Which is indirectly tuju kepada Yani (dah Yani seorang je yang belum ada anak kat opis ni). Yani tak kisah pun sebenarnya, cuma by the time Yani nak cuti, which is cuti nak buat appointment untuk fertility treatment, memang Yani akan fight habis2 sebab Yani ni bukan jenis apply cuti untuk santai2, jalan2 macam orang lain.
Delete