06 March 2016

Riadah Pertama Bulan Mac 2016


6 Mac 2016.

Kelaut dalamlah aktiviti beriadah sejak akhir-akhir ni. Besau batu jemala kemalasan atas kepala ni. Semalam suami kerja, memang aku melepek gila kat rumah, merealisasikan impian nak rehat serehat-rehatnya badan lepas selesai program rasmi kerajaan negeri Jumaat lepas (perasmian RTC Sungai Rambai oleh TPM Zahid Hamidi). Makan tidur dan golek-golek tengok tv layan internet sampai muntah.

Hari ni baru ambil kesempatan berjogging (yaaaa....kali ni betul-betul berjogging dan berlari) dengan suami seawal pagi. 1 jam setengah berjogging, dapatlah rekod 7279 langkah dengan pedometer. Rasa berjogging macam bontot tertinggal kat belakang je...hahha....gile berat badan...tapi ku gagahkan juga jebat.


Ini bacaan sampai setakat jam 10.00 malam ni. Hanya dapat rekod 8301 langkah sahaja sepanjang hari ni. Masih tak capai target untuk cecah 10,000 langkah sehari. Amacam?

2 comments:

  1. 10 ribu langkah??
    Okeh. Pitam..!

    uhuhuhu :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha...make sure capai target 10,000 langkah dulu baru pitam....hehehe

      Delete

Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)