17 January 2016

MJ2016 : Berjogging Dan 4 Hari Tanpa Nasi


17 Januari 2016.

Awal pagi tadi berjogging dengan suami sejauh 5.73km (3.56 miles), dalam tempoh 1 jam 7 minit. Kuyup berpeluh, rasa seronok sangat. Selesai berjogging, kami bersarapan dengan overnight oats. Kami berdua bukan pro runner... bukan nak cipta rekod , cuma nak sihat sampai tua.


Menu makan tengahari tadi. Alhamdulillah setakat hari ni dah hari ke-4 tanpa nasi. Letak separuh dari pinggan dengan lauk sayur dan ambil seketul ayam/ ikan. Terinspirasi dengan cara diet Dr. Zubaidi Ahmad yang mengamalkan pemakanan low carb high fiber/fat. Alhamdulillah, badan rasa semakin ringan. Water intake masih kekal sama sepanjang hari; sekurang-kurangnya 3.5 - 5.0 liter sepanjang hari.

Menu makan malam : roti wholemeal bakar, telur dan salad. Hari ni balik rumah mertua di Seremban. Konon nak gerak balik semula ke Melaka selepas Asar, tapi dah terlajak tidur. Jadinya lepas Maghrib la kami berdua bergerak balik. Mertua ajak makan nasi dulu sebelum balik. Nasib baik dapat elak, hanya suami sahaja yang makan. Aku dok ratah ayam dari lauk sambal ayam.

4 comments:

  1. tempe... (insert icon smiley with love in the eyes). i suka tempe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Huhu...Yani pun suka sangat tempe. Tengok Dr. Zubaidi pun selalu promote makan tempe as a good diet...tempe kan sumber good protein.

      Delete
  2. Yani dah berapa KG lost dari dulu sampai sekarang? nampak kurus dan sihat ..iols is jeles..hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Huhuhu...dah naik balik la Ros, sebab tu gigih balik start berdiet. Mana ada kurus....huhuhuhu....

      Delete

Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)