30 December 2015

Freeport A'Famosa Outlet Village


30 Disember 2015.

Hari Kejadian : 27 Disember 2015.

Ni gara-gara adik ipar meracun dalam group whatsapp kami pasal harga sport shoes di Freeport A'Famosa Outlet Village (FAOV) yang baru buka sebulan lepas. Masing-masing tak senang duduk, rasa macam menarik je harga lepas diskaun. Niat aku satu je; nak beli kasut sukan baru untuk kami suami isteri dan sport bra baru.

Sampai kat FAOV dekat pukul 11 lebih pagi, start dari traffic light selepas exit tol Alor Gajah ke arah FAOV kereta dah berderet merangkak. Musim cuti sekolah...purffftt sangat. Nasib baik baca doa banyak-banyak, alhamdulillah dapat parking dalam kawasan FAOV dengan mudah. Banyak juga branded outlet yang di buka di sini, ada juga beberapa outlet yang belum dibuka lagi.

Ada certain outlet macam Nike dan PUMA siap ada giliran beratur kat luar sebab dia tak bagi ramai-ramai serbu masuk. Yang lain free flow je masuk. Merasa la juga aku beratur depan NIKE dan PUMA, menunggu giliran untuk masuk. Hasil tangkapan hari tu; kami dapat beli 2 pasang kasut sukan, sport bra, stokin dan t-shirt untuk suami. Puas round satu outlet PUMA cari sport bra, rupa-rupanya dah habis stok masa opening day tempohari. Nasib baik di Nike Outlet tu aku jumpa sport bra yang aku berkenan dengan harga yang sesuai.


Puma Faas 300 V4 W, Women's Running Shoes, Grey - RM139 lepas diskaun
 Puma Mobium Ride Running Shoes, Black - RM189 lepas diskaun
Puma Stokin  - RM29 (3 pieces)


Nike Pro Fierce Digital Interval Sports Bra - Hot Pink/Volt - RM79
 Nike Pro Classic Victory Compression Sports Bra Combat Dri-Fit Racerback - RM69

Tip : Aku tanya pada SA Nike tu, kenapa ada beza harga antara satu design dengan design yang lain (Contoh : RM159 dengan RM79) sedangkan kualiti sama je. SA tu cakap beza harga sebab yang murah tu dah out of season (means fashion dan design musim lepas). Hahahah.....nasib baik aku tak heran nak beli sport bra design terlatest ke hape, janji selesa pakai...bukan orang nampak pun! Pakai dalam baju...paling kuat, laki aku je yang nampak....kui kui kui...


Tak sempat nak snap gambar t-shirt Canterbury sebab suami dah tak sabar-sabar nak pakai pergi kerja....huhuhu!

Overall, bolehlah kalau nak bershopping kat sini. Sedangkan yang kat JPO tu pun aku tak pernah jejak sebab jauh, nasib baik la kat Melaka ada buka satu branded outlet, tak yah susah-susah ke Johor nun.

2 comments:

  1. yani, masa nk gi a famosa resort 26/12 tu, teruk sgt jam petang tu. merangkak even sebelum roundabout dekat tol tu lg. nxt day masa balik, hubby ikut tampin. lega jln clear ikut jln dalam. mmg horor kn pi melaka cuti2 skolah ni... huhuhu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Huhuhu, tahu takpe....kami yg duduk Melaka ni memang menyampah betul kalau time cuti2 jenis panjang lebih 3 hari sebab confirm satu Melaka jammed. Exit Ayer Keroh pun jammed giler, exit Alor Gajah pun jammed giler...ni kami orang Melaka yang rasa nak keluar dari Melaka cepat2 kalau cuti sekolah tiba.

      Dengan parking penuh, dengan jalan jammed, dengan traffic light banyak.....uiii.....banyak dosa menyumpah sepanjang perjalanan....hahahhahaha!

      Delete

Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)