26 October 2015

Temujanji Terakhir Di GH Melaka Bagi Tahun 2015

26 Oktober 2015.

Makin lama makin banyak plak entri campakbelakang ni. Mood nak mengupdate blog dah kelaut, what to do. Last appoinment dengan klinik O&G GH Melaka pada 22 Sept 2015 lalu, masa berbual dengan doktor Nurul, dia ada bertanya jika aku ada masa free untuk volunteer jadi sampel projek akhir medical student Manipal pada 29 Sept 2015 nanti? Memandangkan schedule aku free, aku bersetuju je.

Tak sangka masa jadi sampel projek akhir tu, tarikh next appointment aku yang sepatutnya adalah pada 13 November 2015 berganjak awal kepada 19 Oktober 2015 dengan bantuan doktor pakar / ketua unit klinik O&G, Dr. Tham. Ceritanya macam ni....masa student Manipal present case yang diattend, rupanya Dr. Tham menjadi panel penilai bersama panel Manipal. Jadi, lepas sesi soal jawap dengan student tu, Dr. Tham ambil fail aku dan roughly go thru fail tu. Dia soal serba sedikit lepas tu terus minta doktor pengiring ( Dr. Nurul) jotted down kat fail aku, tukar tarikh kepada 19 Oktober 2015 dan jumpa personally dengannya pada sesi sebelah petang.

Dipendekkan cerita, Isnin lepas lepas lunch aku ke klinik O&G GH Melaka. Sampai di klinik jam 2.30 petang, dapat jumpa dengan Dr. Tham jam 4.30 petang. Kebetulan hari isnin tu banyak followup ibu mengandung jadi klinik agak sesak. Duduk je ngadap Dr. Tham, dia terus baca fail aku dari awal sampai appointment terakhir bulan September lepas. Dia tanya last makan ubat hormon bila? Aku cakap tahun 2013. Lepas tu dia cadangkan cuba ambil ubat hormon (Clomid) untuk 2 cycle lagi tahun ini. Kalau tak berjaya conceive, dia cadangkan buat ovarian drilling. Kat part ni, aku potong ayat dia, aku cakap aku nak cuba buat IUI; sama ada di GH Melaka atau di swasta.

Nasib baik Dr. Tham ni jenis senang berbincang, dia tanya apa planning aku untuk buat IUI ni? Aku bagitau, aku dah dapatkan second opinion dari doktor lain, should be no problem untuk proceed IUI dengan isu endometrial hyperplasia ni. Dan aku ingat nak try IUI dia klinik swasta KL. Haa..kat part ni dia potong ayat aku balik! Dia kata kenapa nak buat jauh-jauh sampai KL sedangkan kat Melaka pun ada tempat buat IUI dengan kemudahan yang canggih? Dia bagi beberapa option; sama ada cuba di Mahkota Medical Center (MMC) dan sebut juga dua tiga nama doktor yang aku boleh rujuk nanti. Selain tu dia kata faktor jarak pun mempengaruhi kesan hormon dalam badan during prosedur IUI nanti (stress, efek pada telur dan so on). Bila aku tanya pendapat dia tentang satu lagi hospital swasta baru dibuka di Melaka, dia tak berapa setuju dengan alasan belum banyak experience handle kes IUI lagi. So ok la aku take note je la.

Jadinya, dia nampak tak keberatan untuk lepaskan aku cuba rawatan IUI di luar GH Melaka dan willingly buatkan referral letter kepada tempat rawatan baru tentang summary medical history aku dan suami. Appointment di GH Melaka masih ada cuma dia beri tarikh appointment selang 3 bulan sekiranya aku masih nak datang buat followup di GH Melaka. Cumanya, dia tak beri bawa keluar atau buat salinan dokumen yang macam Dr Natasha minta tempohari atas alasan tertentu.

Nampak gayanya ini adalah appointment terakhir aku untuk tahun 2015 dan inshaAllah no more appointment di klinik O&G selepas ini. Tak tahu la kot Allah SWT rancang plan lain untuk aku kembali ke sini lepas ni, wallahualam...harap-harap kalau datang pun biarlah dengan buku pink, amin!!
 
Last week, member opis ada hadir seminar kesedaran breast cancer di Hospital Oriental Klebang, jadi aku minta dia dapatkan any pamplet berkaitan prosedur IUI di sana. Buat masa ini, aku sedang consider dua tiga tempat klinik/hospital swasta di Melaka untuk proceed rawatan kesuburan (IUI) sebelum cuba di KLFC. Tiba-tiba pula macam-macam nama klinik/hospital yang aku dapat tahu ada buat IUI di Melaka ni, terus jadi blur kejap tak tahu nak pilih mana; apa-apa pun bergantung kepada kemampuan kewangan kami berdua juga.

Update 26 Oktober 2015:

Cek UPT awal pagi tadi, hasilnya negatif. Saje test sebab masa jumpa Dr. Natasha aritu dia suruh cek sama ada 25 atau 26hb Oktober 2015 incase positif pregnant. Once dah dapat result negatif, dah yakin untuk makan pil Duphaston untuk induce period. 

Instinct aku kuat mengatakan cycle kali ini ovulation lambat dan cycle period akan lebih 30 hari macam cycle lepas. Beberapa hari ni keluar EWCM dan rahim belah kiri rasa berdenyut kuat dan rasa senak. Masa buang air pun perasan ada keluar lendiran EWCM yang banyak. Untuk rekod, hari ini CD32.

Cek OPK pukul 1.00 tengahari tadi, nampak macam ada dua line tapi masih kabur. Nanti ulang cek OPK sebelah petang pula.

12 comments:

  1. xpe yani duphaston tu 2 fungsi..if pregnant dia akan kuatkan rahim...if x..dia akan turun kan period :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup tahu...tapi tu la, rasa nak biar dulu period induce naturally sementara belum start apa-apa rawatan ni. Kot la bila nak start nnt period masih haywire, dah boleh dah induce pakai pil Duphaston ni. Back up plan orang kata.... ;)

      Delete
  2. Assalam. sis, boleh syorkan tak klinik/hosp yang mana di melaka yg sis tau, yg boleh buat rawatan kesuburan ? ingat nak cuba. Dekat sikit dari tempat sy di Muar. tq

    http://journeytobecomeibu.blogspot.com/

    ReplyDelete
    Replies
    1. NFAM, saya pun tengah survey klinik/hosp swasta yang ada offer rawatan kesuburan di Melaka ni. Selama ni focus buat followup di GH Melaka sahaja. Setakat hari ni, yang saya tahu ada buat rawatan IUI (paling tinggi kat melaka setakat ini rawatan IUI je, IVF rasanya belum ada lagi, wallahualam) adalah :
      1) Mahkota Medical Centre (Banda Hilir),
      2) Hospital Putra,
      3) Hospital Pantai (Ayer Keroh),
      4) Klinik Wanita Dr Liu & Vincent (Ayer Keroh) dan juga
      5) Hospital Oriental Klebang (baru buka).

      Masih survey lagi ni.... ;)

      Delete
    2. oh.. banyak juga list ni. Sy ingat nak try other gyne. Nak kan 2nd advise pasal fertility. Biasa nye kalau nak survey kos, boleh call hospital2 ni terus ye sis?

      Delete
    3. Rasanye tak semua tempat yang expose kos rawatan masing2, tapi tak salah kalau nak cuba nasib.

      Delete
    4. Ooo.. ok. Tenkiu kak. Bagi recommendation hosp. & advise :)

      Delete
  3. Saya simptom period sejak beberapa bulan ni, rasa macam ada berdenyut kat perut belah kanan..masa mula-mula dulu, ingatkan kowt dah lekat..tapi upenya simptom baru period..macam-macam..so masuk bulan ke-2 dan seterusnya, pun sama ada rasa berdenyut kat tempat sama..dah tau..period nak mai..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la Fieza, macam2 tanda baru period nak dtg boleh muncul...tapi yani yang paling dominan simptom breast pain selama 2 minggu...lepas tu inshaAllah period dtg.

      Delete
  4. Salam nak tanya hospital besar melaka mmg xbuat iui ke

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasalam Dila,

      GH Melaka memang ada buat prosedur IUI (itu fertility treatment yang paling tinggi di situ, tiada IVF), tapi seperti kebiasaan giliran menunggu panjang. Kalau sanggup tunggu dan boleh bersabar, bolehlah minta doktor suggestkan prosedur IUI. Perlu lalui beberapa prosedur seperti contoh; semen analysis, HSG dan lain-lain lagi.

      Delete

Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)