20 September 2015.
Benda ni dah lama ada, tapi aku baru perasan kewujudannya 2-3 hari lepas. Huhuhu, bila WA dengan adik bongsu, dia siap cakap benda ni dah lama disediakan sebelum dia bersalin lagi. Cesss....macam mana aku boleh terlepas pandang benda-benda best macam ni?? Lepas tu laju-laju WA suami ajak luangkan masa buat outdoor workout hujung minggu ni (which is hari ni la!).
Dalam pukul 8.00 pagi sampai sini, parking kereta betul-betul tepi taman rekreasi ni. Takde orang pun masa tu, memang kami berdua conquer habis-habisan la gamaknya. Kat sini ada 5 alat senaman yang disediakan iaitu:
1) Double Torso Swing
2) Horse Rider
3) Double Leg Press
4) Sky Walker
5) Sit Up Bench
Yang best :
1. Alat-alat senaman ni merangkumi senaman yang fokus kepada bahagian kaki, tangan, abdomen dan pinggang.
2. Lebih kurang macam alat senaman circuit training.
3. Nampak kurang jadi tumpuan orang, jadi mungkin lebih selesa nak luang masa lama sedikit guna alat-alat senaman.
Yang kurang best :
1. Suami cakap peralatan yang ada tak berapa terjamin keselamatannya, contohnya; pedal kaki untuk double leg press tu agak condong dan tidak mengikut keselesaan pengguna.
2. Tak disediakan tip penggunaan, contohnya perlu start dari alat mana dulu dan selepas itu ke alat yang mana? So, kami guna secara rawak je la.
bagus betul Majlis Perbandaran sebab sediakan alatan senaman mcm ni... harapnya alatan tu di maintain la kan yani... baru selesa pengguna nak pakai...
ReplyDeleteInsha Allah harap2 macam tu la, sayang la kan kalau tak sampai beberapa tahun dah karat sana sini dan rosak membahayakan pengguna...
Deletewah..bagusnya..berfungsi jugak..slalu kalau open macam ni, jarang tengok alatan tu dalam keadaan elok..mesti ada yang rosak..
ReplyDeleteNi baru-baru lagi dipasang Fieza...so far kualiti masih ok, tak tahu la setahun dua lepas ni apa jadi...kat Malaysia ni, kemudahan baru memang senang disediakan, tapi nak maintain tu yang kadang2 majlis terlepas pandang...
Deletemcm best.. jangan jadi gajah putih kat situ sudah kan.. depa pasang, tapi tak maintain..
ReplyDeleteMemang best KekDa, jakun jap kami suami isteri dok guna aritu....lagi plak tak ramai orang, memang conquer habis la...
Delete