17 September 2015.
Semalam tinggal sengsorang kat rumah, suami tak cuti. Tak ada apa-apa nak buat selain membelek kucing-kucing kat rumah, so buat aktiviti mempuding...hehe.
Kat bawah ni resepi puding jelly sumi yang aku print capture dari FB. Ikutkan ini pertama kali aku masak agar-agar, jadi refer 2-3 resepi kat blog jugak untuk pastikan steps betul. Sebab ada blog yang suruh letak sukatan air sampai 1 liter, yang dalam resepi ni suruh letak 800 ml plak. Kat packaging agar-agar lagi la plak...suruh letak 1550ml air....eh!
Ada yang ajar, kalau nak ensure jelly sumi tu tak berganjak time kita tuangkan adunan puding agar-agar, susun jelly sumi tu dalam bekas kemudian sejukkan dalam freezer. Tapi kalau dia nak berganjak, dia berganjak juga kan? Hahaha...tu sebab puding aku ada yang nampak jelly timbul elok, ada yang puding dah naik atas dia.
Nota :
Aku derhaka dengan resepi kat atas ni. Aku tak letak 1/3 cawan susu pekat dan 2 biji telur. Alhamdulillah menjadi juga puding, manis pun tahap-tahap just nice je.
cantik & nampak sedap
ReplyDeleteHuhu...1st time buat Zue, alhamdulillah menjadi. Kalau tak, memang inilah first dan last buat....kih kih kih. Yani ni jenis cepat give-up kalau resepi tak menjadi...
Deletemcm ne sis buat supaya lapisan tu melekat each other? sy buat ritu, lapisan dia tanggal plak.
ReplyDeleteTip yang Yani dpt dari blog orang, dia suruh before tuangkan lapisan warna lain tu, lorekkan pakai pisau atas puding sedia ada tu supaya senang melekat. Alhamdulillah menjadi.
Delete