27 August 2015

Tunggakan, Ujrah & Pemotongan Gaji


27 Ogos 2015.

Jumaat lepas (21 Ogos 2015) tempohari, pihak PTPTN ada datang memberikan taklimat berkaitan arahan pembayaran balik ptptn di jabatan aku. Owh, kenapa aku concern pasal isu ni? Huhu...sebab aku adalah salah seorang peminjam pinjaman ptptn yang sedang membayar balik pinjaman tu setiap bulan.

Lepas kena tazkirah oleh pihak ptptn di hari jumaat penuh kemuliaan tu, aku decide nak buat penukaran ke skim ujrah dan buat pemotongan gaji secara tetap. Selama ni pembayaran hutang ptptn ni aku bayar secara manual; dapat gaji hujung bulan, aku bayar secara online transfer via ptptn anjung. Ada rezeki lebih, aku bayar lebih, kalau tidak aku bayar dengan amaun bulanan RM200.

Tengahari ni tadi aku pergi ke kaunter ptptn cawangan mitc melaka, selesaikan pembayaran tunggakan sebanyak 50% sebelum boleh proceed kepada penukaran skim konvensional 3% kepada skim ujrah 1%. Setelah disemak, rupanya aku ada tunggakan sebanyak RM1084.00. Ffuuhh....ni cerita masa awal-awal zaman lepas Universiti la ni. Masa kerja kerani dulu, ada bulan yang tak dapat nak commit bayar hutang ptptn, jadi terskip la beberapa bulan. Cuma sejak menjadi penjawat awam ni la (6-7tahun), alhamdulillah konsisten bayar setiap bulan.

Alhamdulillah, staf ptptn cawangan mitc ni pun beri layanan yang baik. Mereka menerangkan dengan jelas kaedah pengiraan pembayaran balik lepas diujrahkan nanti. Aku ingatkan banyak amaunnya yang nak kena bayar...rupanya bawah dari jangkaan awal aku. Aku tanya kalau aku bayar monthly lebih dari jumlah tu boleh tak? Diorunk kata lagi bagus macam tu, hutang boleh selesai awal, tak perlulah tunggu sampai 10 tahun untuk habis bayar balik kepada ptptn.

Jadi, langkah seterusnya adalah....selepas ini pihak ptptn akan keluarkan dokumen tawaran ujrah(akan diemelkan), aku kena lengkapkan dokumen dalam tempoh 2 minggu sebelum dipulangkan kepada ptptn. Dalam dokumen tu ada disertakan sekali pilihan pemotongan gaji. Oh ye..pemotongan gaji akan mula dibuat dalam tempoh 3 bulan selepas kelulusan ptptn. Jadi sementara tu pinjaman ptptn masih boleh dibayar secara manual (online banking transaction) macam biasa.







10 comments:

  1. ofis akk 2hb ni baru depa nak buat taklimat. abis seme kena turun.. eh, apahal kan.. ahkak dah lamaaa settleeeee tauuuu.. siap dapat refund 20% tauuu... ceaa.. berlagak la kononnya kan.. hikss :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amboi KekDa...tahu la dapat bebas dari ptptn...huhu~
      Takpe la KekDa, masuk je taklimat tu, anggap hadir tu sebagai memeriahkan suasana...Yani pergi taklimat aritu terus berkobar-kobar nak bertukar kepada ujrah ...hehehe...

      Delete
  2. kita selamat! hehehehe sbb dpt biasiswa :)

    ReplyDelete
  3. Yani!!! Somehow, entah macam mana sy mimpi awak umumkan awak pregnant bby boy dlm blog ni. Hihi. Semoga mimpi saya menjadi kenyataan. Aamiin...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amboii....alhamdulillah!! ;)
      Yani tunjuk komen Rina ni pada suami, laju dia aminkan....sengih je dia. InsaAllah Rina..one sweet day jika diizinkanNya...

      Delete
  4. yani, bagus potong gaji...tau2 dah abih je utang... i dulu pon potong gaji. tau2 dah abih dah... :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah dianyer, kesedaran datang lambat....my bad! Tapi biar lambat asalkan maintain bayar kan? Heheheh....

      Delete
  5. Amat berguna maklumat ini. Saya pun lebih kurang sama, konsisten bayar, tapi ada jugak tungakkan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, semoga dapat bantu orang lain yang ada isu yang sama dengan saya. ;)
      Agaknya kalau PTPTN tak datang pejabat tempohari, entah sampai bila-bila tak tahu ada tunggakan. Hehe..

      Delete

Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)