24 July 2015

Mau'izati : Kehidupan (Bahagian 2)

Julai 2015.

Semalam petang berkesempatan mendengar segmen MAU'IZATI sambungan tajuk Kehidupan (Bahagian 2) bersama Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani kendalian DJ Mazlina Ismail IKIMfm. 

Jom nak share apa yang sempat dengar sambil drive balik kerja ni...apa-apa pun minta maaf kalau ada point yang terlepas pandang, menyalin hanya dalam kotak minda yang tengah fokus memandu...semoga perkongsian ilmu tidak seberapa ini bermanfaat kepada semua..inshaAllah!

1. Apa yang kita makan/minum, adalah makanan untuk jasad kita yang akan mati. Tapi apa yang kita baca/dapat dari membaca Al-Quran, adalah makanan untuk roh kita yang akan terus hidup.

2. Sumber hidayah Allah SWT kepada kita:

- Melalui pembacaan Al-Quran
- Menghidupkan sunnah Nabi
- Mendekati alim ulamak
- Melalui penghayatan alam disekeliling kita
- Sumber rezeki yang diberkati

3. Ada perbezaan antara taufik dan hidayah. Taufik lebih kepada arah/petunjuk, hidayah pula lebih kepada bimbingan. Semua orang mungkin mendapat taufik, tapi tidak semua dikurniakan hidayah kerana Allah SWT memilih siapa yang Dia mahu berikan hidayah itu. Dikaitkan juga dengan peristiwa Nabi Muhammad sampai ke saat akhir kematian Abi Talib pun cuba tarik beliau menjadi Islam tapi ditolak. Boleh rujuk surah Al-Qasas : Ayat 56. Allah SWT tegur Nabi, bahawa Nabi sendiri tak berkuasa memberi hidayah petunjuk kepada manusia melainkan Allah SWT sendiri.

4 comments:

  1. Replies
    1. Sebenarnya banyak lagi info, tapi akak dengar separuh jalan je. Ingatkan nak dengar siaran ulangan pukul 3 pagi tadi, dah terlajak bangun solat tahajud&taubat pukul pukul 4 pagi plak...tak dapat la dengar full version.

      Delete
  2. Alhamdulillah..jom sama2 amalkan

    ReplyDelete
    Replies
    1. InshaAllah....amalan yg sedikit tapi berterusan harap dpt manfaat.

      Delete

Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)