21 July 2015

Hero Pujaan Hati : Khairul Adam

21 Julai 2015.

Sudah seminggu lebih adik Aina lahir, nama pun dah ada...Khairul Adam. Malam kelmarin keluarga belah mertua adik bongsu buatkan majlis aqiqah untuk baby Adam. Kami adik beradik rebut peluang ini untuk berkumpul beramai-ramai untuk gomol Adam puas-puas. Huhuhuhu....sedapnya bau baby baru lahir....betullah orang cakap; bau bayi adalah bau syurga, tak jemu menciumnya.

Inilah hero pujaan hati CikDa sekarang ni....cepat-cepat besar Adam! CikDa dan CikYein tak sabar nak spoil Adam dengan macam-macam mainan dan bawa jalan-jalan~



Dua hari sebelum raya haritu, sempat singgah kejap rumah mak mertua adik bongsu (tempat dia berpantang), untuk ambil jubah yang dialter oleh isteri staf KK tempat adik bekerja...sempat peluk cium Adam. Masa cuit-cuit pipi Adam, tiba-tiba dia senyum meleret!! Ya Allah....manisnyaaaaa~ Tak sempat snap gambar masa tu.

Lepas majlis aqiqah, suami adik bongsu kongsikan gambar kat bawah ni dalam FB aku...haaa....macam ni la Adam senyum haritu.....manis kannnnn??? Cair dibuatnya bila Adam senyum.....handsome la awak ni Adam!!


2 comments:

  1. Replies
    1. Hehe...setiap hari adik beradik suruh adik bongsu whatsapp gambar baby Adam ni, nak tengok perkembangan dia....

      Delete

Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)