12 April 2015

Resepi Bubur Pulut Hitam


12 April 2015.

Ni namanya baru betul-betul mengidam. Teringin sangat nak makan bubur pulut hitam bila kawan dalam whatsapp tunjuk gambar dia makan semalam. Terus malam tadi pergi beli beras pulut hitam kat kedai untuk rendam semalaman.

Bahan-Bahan:
1 cawan beras pulut hitam
6 cawan air
3/4 cawan gula pasir
1 kotak santan
Secubit garam
2 helai daun pandan - disimpul

Cara Memasak :
1. Disebabkan aku takde pressure cooker, kena guna cara manual. Rendam beras tu semalaman untuk cepat lembut.
2. Bersihkan beras pulut hitam, rebus dengan air dan daun pandan sehingga kembang.
3. Masukkan garam, santan dan gula pasir, biarkan bubur masak serta mendidih. 
4. Kacau selalu supaya semua bahan masak sekata.
5. Dah boleh dihidangkan sama ada panas-panas atau letak ais.

2 comments:

  1. xnk masuk blog yani .. asik resepii je. ida terliur hahahahahaha. xleh xleh diet niii HHAHHAHA

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha....maafkan saya penunggu gua! Ni testing masak macam2 sebelum bulan Ramadhan...kalau ok, dah boleh follow resepi yg sama nanti...boleh je makan tp portion sikit je la...

      Delete

Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)