31 May 2014

Musim Hujan & Tanah Mendap


31 Mei 2014.

Kebelakangan ini, boleh dikatakan selang berapa hari hujan turun kat Melaka. Kak Long aku sebelum bergerak balik ke Puncak Alam, ada singgah di pusara arwah mak di kampung.

Masa Kak Long whatsapp gambar pusara arwah mak, kami adik beradik agak terkejut tengok keadaan terkini pusara arwah. Tanah pusara mendap dan kayu nesan sementara yang dipacak bahagian kaki terkambus ke bawah. Oleh kerana tak sangka boleh jadi macam ni, Kak Long sekeluarga memang tak ada bawa cangkul masa tu, jadi tak dapat buat apa-apa.

Jadi, lepas kami tengok gambar tu, aku dan adik bongsu ambil keputusan ke pusara arwah untuk betulkan semula tanah yang mendap tu. Kebetulan adik arwah mak (Mak Lang) ada buat kenduri arwah ahli keluarga sekali dengan bacaan Yasin dan tahlil di kampung, kami ambil peluang singgah pusara lepas kenduri.



Alhamdulillah....adik ipar bongsu tolong cangkulkan dan betulkan semula struktur pusara arwah mak. Kami pacakkan semula kayu nesan penanda. InshaAllah sehari dua lagi kami akan datang jenguk keadaan pusara arwah mak. Lebih-lebih lagi kalau hujan lebat turun di kawasan kampung, memang kena jenguk selalu.

Cukup 100 hari nanti (jatuh pada bulan Ramadhan) kami akan pasang kepok dan batu nesan baru untuk pusara mak. Sekarang ni kena mantapkan betul-betul tanah pusara mak.

No comments:

Post a Comment

Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)