22 Mei 2014.
Speechless....26 Nov 2012 - 21 Mei 2014,
tempoh Bibik Siti berkhidmat dengan kami terutamanya arwah Mak.
InshaAllah ada rezeki, kita berjumpa lagi. Semoga Allah membalas semua
jasa baik Bibik Siti dan sembuhkan penyakitnya. Makin sunyilah rumah
lepas ni, tinggal aku berdua dengan suami.....dulu berempat, lepas arwah mak meninggal tinggal bertiga, dan sekarang.....hurm :'(
Ikutkan, kontrak Bibik Siti masih berbaki lagi 6 bulan, bulan November nanti baru balik ke Semarang, Indonesia. Tapi perkhabaran yang agak mengejutkan ini, membuatkan kami adik beradik membuat keputusan drastik menghantar balik Bibik Siti ke Indonesia dengan kadar segera. Tak boleh ditangguh-tangguhkan lagi, sebab melibatkan nyawa.
Selama ini, setiap kali period, Bibik Siti selalu mengadu dengan aku dan arwah mak pasal sebelah payudara dia macam ada simptom gatal-gatal macam ruam. Masa tu tak fikir apa-apa la, aku bawa Bibik Siti ke klinik untuk dapatkan rawatan dan doktor cuma beri ubat antibiotik dan ubat sapu. Lepas tu, isu ni tenggelam sejak masing-masing sibuk dengan urusan mak yang kerap keluar masuk hospital.
Beberapa hari lepas, masa aku tinggal berdua sahaja dengan Bibik Siti, bibik tunjukkan aku keadaan payudaranya yang agak mengejutkan aku. Ada kesan benjolan yang ketara di sebelah tepi payudara dan kesan ruam makin kritikal. Aku tak sedap hati, aku whatsapp adik bongsu aku yang doktor tu suruh datang tengokkan keadaan Bibik Siti. Bila adik aku datang check, ayat pertama yang dia sebut "Memang ada ciri-ciri tipikal kanser payudara, ketulan pada kelenjar dah makin besar dan mungkin dah merebak"
Adik aku tanya Bibik Siti, bila mula perasan benjolan tu ada? Rupa-rupanya benjolan tu mula makin membesar waktu Bibik Siti menguruskan arwah mak ketika mak nak menjalani pembedahan kanser kulit hujung tahun lepas. Benda sulit dalam baju, Bibik Siti segan nak tunjuk pada semua adik beradik kami, tapi sebab dah kerap sangat sakit, terpaksa juga dia maklumkan.
Kami berbincang adik beradik via whatsapp, kakak-kakak dan abang aku usahakan part dengan ejen dan pihak imigresen. Aku dan adik bongsu aku uruskan hal ambil ubat tahan sakit yang diambil di klinik payudara GH Melaka. Banyak rintangan sebenarnya dalam menguruskan hal nak bawa balik Bibik Siti ni, tapi alhamdulillah.... Allah dah permudahkan. Ejen di Melaka sanggup untuk menguruskan Bibik Siti sampai ke proses beli tiket kapal terbang, dan akan pastikan Bibik Siti sampai di sana dengan selamat.
Bibik Siti pernah cakap, nanti cucilah beberapa keping gambar kenangan dengan arwah mak, untuk dia bawa balik ke kampung. Nanti dia nak tunjuk dengan keluarga dia, macam mana rupa paras arwah mak dan kami semua. Syukur, dalam keadaan spontan macam ni, aku dapat juga tolong cucikan satu album gambar kenangan Bibik Siti dengan kami semua. Priceless ekspresi muka Bibik Siti bila aku suakan album ni padanya.
Gambar terakhir kenangan aku bawa arwah mak dan bibik berjalan-jalan luar dari Melaka awal tahun 2014. Sanggup gerak awal pagi semata-mata nak ajak makan nasi lemak Mambau, Negeri Sembilan tu.
Makan-makan kali terakhir dengan Bibik
Siti malam tadi....sayu je rasa hati bila Bibik Siti dok usap-usap perut aku, mendoakan ada rezeki zuriat tak lama lagi.
Malam tadi masa hantar Bibik Siti ke rumah ejen di bandar Melaka, memang sepanjang perjalanan aku menahan airmata kesedihan. Masa berbual dengan ejen, ejen beritahu tiket kapal terbang Bibik Siti adalah pada hari Ahad ini. Tapi sebab nak uruskan beberapa hal, kami perlu pulangkan Bibik Siti pada ejen awal (malam tadi).
Aku dah anggap Bibik Siti macam ahli keluarga aku sendiri. Banyak jasa baik Bibik Siti pada kami, terutamanya arwah mak. Sampaikan arwah mak pernah pesan pada mak mertua adik bongsu aku (mak mertuanya bilal perempuan taman perumahan kami, jadi masa urusan mandikan jenazah dan kapan jenazah, mak mertua adik turut terlibat sama), kalau mak dah tiada nanti, mak suruh Bibik Siti pun terlibat sama mandikan arwah mak untuk kali terakhir. Begitu sayangnya arwah mak pada Bibik Siti......
Masa aku di wad tempohari, Bibik Siti jugalah yang temankan aku di wad, jaga aku dengan amat baik sekali. Sampai berpimpin ke tandas, tolong tukarkan pad kesan darah bercampur dye aku dan suapkan makan. Demi Allah, aku menangis bila teringat balik jasa-jasa Bibik Siti pada aku dan arwah mak.
Masa aku di wad tempohari, Bibik Siti jugalah yang temankan aku di wad, jaga aku dengan amat baik sekali. Sampai berpimpin ke tandas, tolong tukarkan pad kesan darah bercampur dye aku dan suapkan makan. Demi Allah, aku menangis bila teringat balik jasa-jasa Bibik Siti pada aku dan arwah mak.
P/s: Ada janji antara kami (aku dan suami) dengan Bibik Siti...inshaAllah, kalau dimurahkan rezeki dan Allah berikan kesihatan yang lebih baik selepas ini pada Bibik Siti...aku berniat nak jenguk Bibik Siti di Semarang, Indonesia tahun depan.....semoga Allah SWT restu hajat dan doa kami semua.....aku tak nak ikatan hubungan kami terputus begitu sahaja...
Menitis airmata baca entry yani ni.. :(
ReplyDeleteYana, Yani sendiri beberapa kali terhenti masa tulis entri ni, meleleh air mata....dua kehilangan dalam tempoha masa terlalu dekat, kehilangan yang kita tak pernah jangka dan bersedia...tapi bila Allah dah takdirkan begini, siapalah kita sebagai insanNya untuk menghalang?
DeleteAkak pun mcm Sizuka..sedih sangat entry ni..Ya Allah..semoga sihat bibik Siti hendaknya..part dia usap perut yani tu sangat touching..Yani kuat ok..*hugs*
ReplyDeleteKak Nuriz, masa bibik usap perut tu...Yani meleleh airmata bila dengar dia berdoa minta ada rezeki anak utk kami suami isteri...ikhlas betul doa dia...sedu sedan kami berdua masa tu.
DeleteSedihnya kak. Insyaallah semuanya akan baik2 belaka. Gitulah bila dia dh stay lama ngn kita lps tu mmg btul2 baik hati terus rs mcm family sendiri kan.
ReplyDeleteMoga2 dia blh fight cancer tuh. Aminnn
InshaAllah, setiap kali solat sentiasa doakan dia diberikan ketabahan hati untuk melawan penyakitnya...alhamdulillah, dari 7 bibik, yang inilah yang paling terbaik Allah pinjamkan sekejap pada kami sekeluarga...
Deletesedihnya.. berlinang air mata baca. semoga bibik sembuh dari penyakitnya
ReplyDeleteTerima kasih Zue....mohon doakan sekali untuk Bibik Siti...doa orang yang tidak dikenali/ jauh adalah antara doa yang inshaAllah Allah makbulkan....
DeleteAllah... sedihnya...walaupun bukan saudara, tapi banyak bakti dia buat keluarga yani...Smg Allah memudahkan dan sembuhkan bibik siti...
ReplyDeleteBetul tu ST....rasa trauma bila ditimpa berita penyakit/ tak sihat org terdekat dalam selang tempoh yang singkat ini....lepas arwah mak, sekarang bibik....mohon doakan sama ye ST!
Deletezsubaha nalah begitu hebat ujianmu....
ReplyDeletetakala sedang membaca kisahmu
aku terkenan akak ibuku dikampung
bagaimana keadaanya takala sakit nanti
mampukah aku menjaganya
sepertimana kamu menjaganya......
semoga bibik siti selamat sampai ke rumahnya dalam keaadaan sihat waafiat..
amin
Anim...kita tak akan tahu kekuatan dalam diri kita selagi kita tak diuji dan berhadapan dengan sesuatu dugaan...inshaAllah, kalau sentiasa mengadu nasib dan memanjatkan doa pada Nya...Allah SWT banyak bantu kita sama ada kita sedar atau tidak...
DeleteYani,Alhamdulillah dpt Bibik yg btul2 prihatin, ikhlas bekerja.. sampai kita dh anggap mcm keluarga..susah mmg susah nak dpt yg camni.. semoga bibik cpat sihat... n harap2 kanser bukan stage yg bahaya..
ReplyDeleteSue...Yani pun harap mcm tu, tapi adik bongsu Yani ckp pd kami semua, ikut pengetahuan dia...memang breast canser Bibik Siti dah tahap kena buang sebelah payudara kanan tu. Kena hantar balik cepat sebab nak buat rawatan lanjut, takut dah merebak ke payudara kiri pula.
DeleteSedihnya bc entry yani kali ni
ReplyDeleteEilah..tolong doakan sama-sama kesihatan Bibik Siti ye....terima kasih banyak-banyak in advance, tak terbalas jasa kawan-kawan semua...
Delete