Sumber Gambar : Google
1 Jun 2014.
Hari ini tinggal beberapa hari lagi genap sebulan aku selesai menjalani pembedahan laparoskopi. Luka tebukan pun dah beransur kering, keruping pun dah lama tanggal. Cuma kesan parut dan benjolan kecil kesan tebukan sahaja yang kekal sebagai tanda kenangan.
Aku ni rajin belek-belek kesan parut tu bila-bila ada masa terluang terutamanya bila duduk seorang diri kat bilik atau bilik air. Yang aku selalu belek; luka parut yang berada di atas sedikit dari pusat tu. Walaupun nampak dah ok kesan tebukan tu, tapi sebab dia membentuk macam satu benjolan kenit, aku suka usik pegang-pegang.
Entah macam mana dua tiga hari ni aku dok gatal picit-picit tempat tu, aku perasan ada keluar sedikit cecair dari tempat luka tu. Tekstur dia sedikit berminyak tapi takde la bau nanah ke apa. Tak ada rasa sakit atau keluar darah, cuma cecair tu je. Alamak! Aku dah panik.
Petang semalam masa aku dan adik ke kenduri di rumah Mak Lang kami (adik arwah mak), aku ada bercerita dengan adik aku pasal cecair yang keluar tu. Adik aku tanya, air tu macam berminyak ke? Aku mengiyakan je. Lepas tu adik aku cakap jangan risau, tu tak ada apa...cecair tu cuma 'air lemak' dari perut je. Lega sikit hati aku dengan jawapan adik aku. Risau betul aku, kalau-kalau bahagian dalam luka tebukan tu masih belum cukup kering dan bernanah.
No comments:
Post a Comment
Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)