4 Disember 2013.
Stok pil Duphaston yang masih berada dalam simpanan. Ikutkan banyak kotaknya, tapi aku dah campur-campurkan dan padatkan dalam 3 kotak sebab makan ruang dalam laci meja solek.
Rasa hati, nak beri je pada sesiapa yang berminat. Macam supplemen sebelum ini, pil Duphaston ini pun aku beri percuma, semua kos penghantaran aku tanggung. Cuma, memandangkan pil Duphaston ini ada cara makannya, tak pastilah orang lain macam mana cara doktor suruh makan.
Kalau ikut pengalaman peribadi, dulu masa mula-mula ambil, doktor suruh aku makan 21 hari, 7 hari berhenti. Masa berhenti 7 hari tu, memang period akan turun. Dan, lepas 7 hari tu, sama ada period dah berhenti atau tidak, kena sambung balik makan 21 hari dan berhenti 7 hari untuk beberapa kitaran period.
Jadi, kepada sesiapa yang berminat nak pil ni secara
percuma (aku nak beri 2 kotak sahaja ye, 1 kotak tu simpan incase la nampak tanda-tanda kitaran period ting tong balik lepas ni ~ minta dijauhkanlah!), harap dapat
tinggalkan komen dalam entri ni sesegera mungkin. Hanya untuk yang
serius sahaja ye! Tinggalkan alamat
emel yang senang berhubung dan kalau tak kisah, boleh tinggalkan nombor
telefon sekali (optional, tak paksa ok?). Nama yang terpilih nanti, aku akan maklumkan.
Updated!
Alhamdulillah sudah ada yang roger berminat nak 2 kotak Duphaston ni... :) Tak sangka, harga sekotak Duphaston sampai RM55. Yer la, selama ni stok dibekalkan dari farmasi GH Melaka, kalau pergi farmasi luar tak terfikir nak riki harga pasaran. Sekali jalan la dengan pos laju supplemen Kapikachhu dan Speman nanti.
yani, bg kat saya jek la.. persediaan ivf bulan 1 ni.. nak beli sekotak pun mahal jugak. rm55 sekotak..
ReplyDeleteOk, deal! Kan senang macam ni....terus je ada yg berminat....Yana, Yani tak tahu pun harga sekotak ni sampai RM55! Seriously! Nanti jangan lupa bagi alamat dalam whatsapp k?
DeleteTq yani. Alhamdulillah.. Semoga yani murah rezeki... :)
DeleteAminnnn..... :)
DeleteSis nk try pil tu boleh x
DeleteSheera Yusup, sorry dear...dah selamat diserahkan pada member TTC tahun 2013 dulu...
Delete@sheera yusup : alamak sheera...ni entri tahun 2013, sekarang dah tahun 2016. Dah bagi pun pada member TTC yang offer diri dulu. Sorry la ye...
ReplyDeleteAssalamualaikum.Akak,boleh sye tau akak beli ubat tu kat mane? Sebab sye pnye ni un dh lame ting tong.Tak tau nak buat ape.Baru tau ade ubat rupenye.
ReplyDeleteNur Liyana, ubat ni akak tak beli, tapi diberikan oleh doktor pakar O&G masa buat treatment untuk regulatekan menses tahun 2012-2013 dulu. Sekarang dah tak consume lagi dah, alhamdulillah sebab period dah normal balik, cuma cycle day je berubah panjang pendek....
DeleteBoleh cuba tanya di farmasi swasta sekiranya ada dijual sebagai on counter pills, tapi selalunya farmasist akan minta surat referral dari doktor.