16 November 2013.
Sejak-sejak terjebak dengan zumba ni, rasa macam tak cukup je 2 helai sport bra dalam simpanan aku tu. Hari-hari berzumba, memang wajib pakai sport bra, nak-nak pula breast pain nak datang bulan ni, memang tak sentuh langsung bra berdawai.
Selasa lepas (12 November), masa pergi beli supplemen Magnesium dan Selenium di farmasi Caring, aku singgah kedai sukan Al-Ikhsan. Belek-belek, nampak sport bra yang ada saiz aku dan harga ok.
Kali ni beli 2 helai sport bra jenama Nike Dri-Fit pula.
Ciri-ciri sport bra Nike Victory Shape Bra (yang warna oren):
- Lightly padded cups provide shape, coverage and support
- Mesh panels and Dri-FIT wicks moisture to help keep you dry and comfortable
- Lightweight chest band eliminates bulk
Ciri-ciri sport bra Nike Victory Pro Compression Bra (yang berwarna ungu):
- Compressive fabrics help minimize breast motion
- Dri-FIT wicks moisture to help keep you dry and comfortable
- Lightweight chest band eliminates bulk
Harga RM79.00 setiap satu.
Harga asal Nike Victory Shape Bra RM139.00, Nike Victory Pro Compression Bra pula berharga RM109.00.Dapat diskaun RM90.00, kalau ikut harga asal, kena RM248.00.Jadi untuk dua helai sport bra ni RM158.00 je.
Balik rumah, cuba di badan.
Ok tu ok, tapi sebab dah terbiasa sport bra bercangkuk di belakang macam sport bra Adidas, rasa macam agak leceh kena sarung dari atas (struggle juga nak pakai dan nak buka) Hehehehe....
Chaiyok, chaiyok....jom sambung berzumba!
nk kena g cari ni hehe
ReplyDeleteSila...sila.....! Hehehehe..
Deleteantara 2ni mne yg best dear? tgh cr sports bra jugak. nk yg high impact sbb gune utk running
ReplyDeletePada Yani, dua-dua best dan ada kelebihan masing-masing. Yang warna oren tu, span fully covered, yang warna purple boleh rasa physically lining dan pad dia. 2-2 jenis sarung dari atas. Cuma, kalau nak yang lebih konfiden pakai dan jenis ada cangkuk di bahagian belakang mcm bra, boleh cuba Adidas Climacool 3 Stripes sport bra.
DeleteYani pernah review dalam entri ini : http://seindahmimpiku.blogspot.com/2013/05/sports-bra-adidas-climacool-3-stripes.html
Komen Yani : Sangat puas hati! Memang terletak je.
thanks Yani. Sya da beli da. Nike Pro yg rebel collection
Deletearitu M size tnggl 1 jek. nasib sempat rembat =)
Yani, Sya slalu lupe nak comment pkai acc sndr. asek anonymous jek. Hehehe
DeleteBTW, sya follower Yani. Free, visit/follow Sya jugak ek. bleh share stories =)
Sya...congrate dah beli! Yup..Yani dah singgah lalu blog Sya, nanti Yani singgah lagi ye... =)
DeleteSesuai x untk plus size, kalu bleh xmau la beli online nie....leceh skit. Saudari tau tak kat mn nak crk?
ReplyDeleteSaya ni sendiri plus-plus size, ok je pakai.
DeleteSaya tak pernah la pula terfikir nak beli yg jenis online sebab takut tersalah beli. Untuk permulaan, beli dulu kat kedai, bila dah tahu saiz apa yang kita sesuai, should be no problem untuk beli online ..kot? Kalau di Melaka, saya cari di outlet Al-Ikhsan atau outlet brand tu sendiri...macam Adidas ada 2 outlet utama kat Melaka; Dataran Pahlawan Megamall dan AEON Bandaraya Melaka.