17 November 2013.
Hari yang ditunggu-tunggu sudah tiba akhirnya.
Aku cukup risau kalau terbangun lewat, sebab adik aku cakap program bermula seawal jam 7.30 pagi; dimulakan dengan aktiviti senamrobik.
Wah, pukul 7.15 aku dah bergerak dari rumah dengan hubby.
Sampai-sampai tengok semua dah bersedia di padang bola depan balairaya taman perumahan sebelah, just in time nak mula senamrobik. Adik aku yang datang sekeluarga dengan suami dan anak buah aku (Aina Banana) nampak aku lambai, terus datang arah kami berdua.
Hari yang ditunggu-tunggu sudah tiba akhirnya.
Aku cukup risau kalau terbangun lewat, sebab adik aku cakap program bermula seawal jam 7.30 pagi; dimulakan dengan aktiviti senamrobik.
Wah, pukul 7.15 aku dah bergerak dari rumah dengan hubby.
Sampai-sampai tengok semua dah bersedia di padang bola depan balairaya taman perumahan sebelah, just in time nak mula senamrobik. Adik aku yang datang sekeluarga dengan suami dan anak buah aku (Aina Banana) nampak aku lambai, terus datang arah kami berdua.
Seronok juga join senamrobik ramai-ramai walaupun padang agak lecak sebab malam kelmarin hujan. Adik aku tanya dah daftar tak? Aku cakap belum. Dia kata lepas senamrobik, pergi bawah khemah pendaftaran, daftar nama dan dapatkan nombor giliran (cabutan bertuah), kupon checkpoint dan goodies (roti ikan bilis dan air mineral). Senamrobik boleh dikatakan berpeluh juga badan tapi tak selebat macam berzumba.
Lepas senamrobik dan pendaftaran, aku dan hubby merayau di kawasan pameran di ruang legar balai raya; ada macam-macam pameran...pasal nyamuk Aedes, pasal Pap Smear, ada booth untuk timbang berat, kira BMI, untuk uji glukos dalam darah dan ambil bacaan tekanan darah. Banyak juga aku ambil gambar info-info berkaitan berjalan kaki 10,000 langkah dan bahaya merokok. Pihak Jabatan Penjara pun ada buka booth yang memaparkan situasi sebenar di dalam penjara...huissh, seriau tengok gambar banduan yang dikenakan hukuman sebatan. Ngilu rasanya.
Ketua Menteri Melaka (big bos aku) sampai ke tapak program agak lewat juga, dekat 8.30 pagi. Matahari pun dah mula naik. Ucapan dia pun agak panjang juga, sampai ada makcik kat belakang dah berteriak cepat ler Tok....tengahari nak pergi kenduri kahwin! Hahahahah....
Pukul 9.00 pagi barulah bermula program berjalan kaki bersama Ketua Menteri Melaka dengan perasmian simbolik pelepasan 3 ekor burung. Kan aku pernah cakap checkpoint 2km kat area depan rumah aku? Masa lalu depan rumah la aku dan hubby ambil peluang singgah rumah kejap, untuk ambil shake dan minum sepanjang perjalanan baki 4km. Huhuhu....agak lewat juga tu aku minum shake, selalunya pukul 8.45 pagi aku dah selesai shake.
Eh, trek 6km ni panjang dan jauh juga sebenarnya, melibatkan kawasan berbukit, lalu dalam taman perumahan lain dan checkpoint 4km rupanya sampai ke kawasan pekan berdekatan 7Eleven. Untuk dapatkan sijil, kena pastikan kita lalu semua checkpoint untuk dapatkan sticker berwarna warni untuk pengesahan kita tak cheat! Urusetia pandai, checkpoint 3km, 4km dan 5km baru diberikan sticker berwarna warni tu, jadi nak tak nak memang kena habiskan route berjalan kaki tu!
Aku, hubby, adik aku dan suami dia sampai semula di balairaya tu lebih kurang jam 10.30 pagi. Serahkan kupon yang dah lengkap dengan sticker pada urusetia, baru dapat sijil penyertaan dan air mineral. Waktu tengah berehat tu la diadakan sesi cabutan bertuah. Alhamdulillah.....nombor giliran aku disebut ! Dapatlah hadiah bekas makan dan minum plastik...hehehhe....
Seronok rasanya bila dapat terlibat dengan aktiviti riadah beramai-ramai macam ni. Macam-macam ragam boleh tengok. Ada dua orang budak kecil ni, adik beradik kot..dua-dua badan tembam...berjalan berpegangan tangan sampai ke garisan penamat, muka masing-masing letih je tapi sangat cekal habiskan berjalan kaki dan tak cheat langsung.
Antara sumber inspirasi saya blog nie.....usaha ttc :-)
ReplyDeletePnSusu, Yani pun macam orang lain juga...usaha berTTC tak pernah pudar, tapi dalam masa yang sama berusaha juga untuk sihatkan diri, jadi seimbangkan fokus nak sihat dengan nak conceive....inshaAllah, kalau belum rezeki zuriat, mungkin Allah beri rezeki dari segi kesihatan dulu....
Deleteeii.. asal tmpat sue xde aktiviti camni ye..beshkan klu ade mcm ni.. badan pun sihat :)
ReplyDeleteSue, cuba riki2 laman web Jabatan Kesihatan/ Klinik Kesihatan kawasan Sue duduk..sekarang ni program ni all out, Melaka dah banyak kawasan buat dah...negeri lain Yani tak pasti pula...
Delete