28 October 2013

Mak Masuk Wad Lagi


28 Oktober 2013.

Tarik nafas kejap. Letihnyer badan....
Pagi tadi uruskan admission mak ke wad GH Melaka.
Sepatutnya mak admit petang Jumaat lepas, staf nurse Blok D (Bahagian Hameodalisis) call beritahu keputusan sampel darah 6 Oktober 2013 haritu ada bacaan buah pinggang mak yang naik. Mak cakap, semua anak-anak bekerja, tak ada sesiapa nak hantar petang tu.

Dengan surat admit wad takde, aku pun blur kat mana nak tuju dulu.
Adik aku suruh ke klinik Nephro kat sebelah klinik OnG tu, tanya apa cerita kena masuk kali ni.
Dah la parking jauh, kat parking bertingkat nun, paling atas - kat bumbung parking.
Bila aku tanya staf nurse kat kaunter klinik Nephro, dia kata kena pergi ke Blok D (blok lama) untuk dapatkan surat rujukan doktor dan daftar masuk.

Patah balik ke blok D, jumpa dengan staf nurse kat bahagian rekod pesakit.
Bila sebut nama mak, dia terus beri surat admission tapi suruh pergi ke kaunter hasil (blok pentadbiran- blok baru) dulu untuk daftar mak masuk. 
Aduh, bukan dekat jarak antara satu bangunan ke bangunan lain tu.
Aku suruh mak dan bibik tunggu kat korridor blok A, sementara aku ke kaunter hasil plak.
Nak jadi penyedap cerita, kasut yang aku pakai tu tercabut tapaknya tapi tak putus.
Jadi slow kerja aku nak ke sana ke mari, berjalan laju tapi dalam masa yang sama, nak kena berhati-hati jangan sampai kasut tercabut terus.

Selesai bab daftar, patah balik ke blok A, orang pentadbiran letak mak kat Blok AG.
Bila masuk wad, staf nurse kat kaunter plak merungut-rungut kata kaunter hasil main hantar je patient ke wad tak refer dulu sama ada katil ada ke tak. Nasib baik nurse suruh tunggu kat katil strecher belakang kaunter, mak pun bukan boleh duduk atas wheelchair lama-lama, sakit pinggang.

Dekat dua jam lebih menunggu katil kosong, tak dapat juga.
Dah pukul 12.30 tengahari, aku cakap mak aku nak masuk pejabat dulu, kang bos marah pula tak masuk pejabat langsung.
Ikutkan aku memang dah whatsapp dan sms bos maklumkan aku masuk lewat hari ni sebab uruskan hal mak.

Ni pukul 2.00 lebih aku call hp bibik, masih belum dapat katil.
Aduh.... kesian betul kat mak dan bibik. 
Katil strecher tu tak sesuai untuk mak baring, kejung je.

Petang ni lepas kerja, aku kena bergegas ke GH Melaka balik tengok perkembangan mak.

8 comments:

  1. Mak yani sakit buah pinggang ye? banyakkan sabar ye yani. Doa banyak2 smoga mak yani cepat sembuh n kuar dr hosp.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mak ada penyakit 3 serangkai tu; diabetis, darah tinggi dan buah pinggang. Kerosakan buah pinggang tu due to complication 20 tahun lebih mak hidap diabetis. Darah tinggi pun lately baru kena....Ni tgh risau, lusa Yani kena berkursus luar Melaka sampai hari Jumaat, kena communicate dengan siblings untuk giliran jenguk mak masa Yani tak ada nanti....

      Delete
    2. hmm kesian mak yani. Yani amik lah cuti kalau boleh. Diabetis tu kalau cuba minum air bendi . Potong 3 batng bendi fresh rendam semalaman minum pagi esoknya (air sahaja) ni macam infused tu.insyaallah ok. Mak L mula2 hr tu mcm ada diabetis minum air tu dah turun bacaan darah dia. Tapi mak yani ni sakit dh lama xtau lah. Part sakit buah pinggang tu bahaya sikit.

      Delete
    3. InshaAllah nnt Yani cuba suruh mak amalkan minum air rendaman bendi tu....mak dah lama diabetis, gradually banyak bahagian badan dah effect. Buah pinggang haritu dah buat tapak utk dialisis. Masuk balik hospital untuk operation kanser kulit di area V bulan Julai haritu....tahun ni paling banyak Yani ke hospital untuk uruskan mak.

      Delete
  2. Mesti banyak dah petua mak yani amalkan kan... i doakan mak yani cepat sembuh dan pulang ke rumah, and yani di beri kekuatan untuk menguruskan urusan ni...amin... jgn lupa take care of urself...

    ReplyDelete
    Replies
    1. InshaAllah Sweet Tooth....terima kasih atas doa yang diberikan....yup, one of the reason Yani betul-betul nak sihat...inilah dia! Kalau semua org dalam rumah sakit, siapa nak jaga siapa kan? Someone kena step up untuk take care the others....

      Delete
  3. Hospital melaka besar dan sgt penat menguruskan hehe, tambah pulak takde yg kisah ingat semuanya akan ok, seorang mak nak dilawati oleh anak anaknya ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kisah 3 tahun lepas, arwah Mak pun dah tiada....sekarang setiap kali lalu depan GH Melaka, teringat kenangan menguruskan arwah Mak admit dan discaj wad GH Melaka tu...

      Delete

Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)