Bacaan timbangan berat badan pada 4 Oktober 2013 (Jumaat- Hari ni!)
4 Oktober 2013.
Semangat untuk mula menimbang semula berat badan setiap minggu dah kembali. Ni pun kesan aku racun budak-budak pejabat supaya sama-sama menimbang berat paling kurang sekali seminggu. Sampai tahap, diorunk pula yang ingatkan aku supaya pinjam penimbang kawan Herbalife aku, semata-semata sebab nak menimbang.
Alhamdulillah, kalau tengok perbandingan antara bacaan timbangan atas dan bawah ni, ada yang naik dan ada yang turun. Yang turun; peratusan lemak, muscle mass, BMR dan juga visceral fat, which means penurunan yang baik. Yang naik; peratusan air dalam badan.
Dua perkara yang menggembirakan hati kali ini; berat badan turun 0.7kg dari timbangan Isnin lepas (30 September 2013) atas usaha cekalkan hati untuk kekal dengan regim 2 kali shake dan 1 hidangan normal dan tak cheat diet Herbalife selama 5 hari ni. Satu lagi, nilai visceral fat yang naik balik bulan lepas (nilai 8) dah kembali kepada angka 7. Yeay!
Ikutkan dari bacaan aku pasal tip menimbang berat badan yang efektif, kena amalkan 3 tip mudah iaitu:
1) Guna penimbang yang sama (Check!)
2) Timbang pada waktu yang sama (Check!)
3) Jangan timbang setiap hari. (Check!)
Sumber Rujukan : Tips Kurus 13 - 3 Tips Mudah Nak Timbang Berat Badan
Bacaan timbangan berat badan pada 30 September 2013 (Isnin)
Baju sama, tudung sama, orang yang sama
P/s: Harap-harap dapat jumpa angka 63 (rindu angka 63 ni...huhu) sebelum appointment dengan doktor 14 Oktober 2013 ni.
mmg napak turun la Yani.. teruskan dan maintain dgn pemakanan sihat.. Insyaallah.. dapat tu.. ;)
ReplyDeleteTengah struggle ni KekDa....badan dah mula tak nak beri kerjasama, dia kondem tang berat 60++kg ni....
Deleteproud of u.. seriously.. sue harap sue boleh tekad cam yani.. huhu
ReplyDeleteBoleh tu Sue....cuma kena kuat semangat skit. Org lain makan, kita pandang je, sambil usap2 perut dan cakap dlm hati "Cukup2lah tu...kawal selera skit"...Hehehehe~
DeleteASsalamualaikum
ReplyDeleteMs sy berat 64.9kg pon visceral fat 7.umur metabolic lagi la 49tahun.
Lepas sy mkn sup sayur +lompat bintang slame 2 bln ni visceral fat br turun jd 5.
Tapi mcm yani ckp la,berat sy pon mcm tk nk kerjasama turun lg.
Amanina, wassalam....umur metabolic awak lebih baik dari Yani. Yani ni umur badan 51 tau...lagi sedih. Sebelum makan Herbalife, umur badan 54.....double sedih!
DeleteYani rasa la, kali ni struggle nak turun sebab badan kena compete dengan kesan Clomid..sebab tu lambat nak turun, dah la badan dah tak nak beri kerjasama, kena kacau pula dengan Clomid tu...haish!
Keep positif yea.!
DeleteSama2 kita usaha.:-)
Insyaallah,satu hari nanti ada rezeki tuk kita.
Kawan sy pon ckp clomid buat die berselera.yani kena double triple lawan nafsu.Insyaallah,Allah akan mudahkan.amin
InshaAllah, harap2 macam tu la hendaknya...skrg dah terfikir nak start balik jogging...
Deletegood luck ya.... u look so beauty in 64.0 kg tu .. :) kalau dapat 63 misti lagi cun... :)
ReplyDeleteInshaAllah....kalau letak kecantikan dengan kesihatan sebelah menyebelah, Yani akan grap kesihatan dulu.... :) Nway, thanks...Salam perkenalan!
DeleteYa allah kak..kurus sgttt... Jeles aaaa :(
ReplyDeleteEihh Ros ni...mn ada kurus la...masih bam bam lagi. Belum tgk gmbr dari sisi lagi....belum ready share gmbr sisi, masih berbonjol here and there....
Delete