07 September 2013

Terima Kasih, Terima Kasih dan Terima Kasih...

Sumber Gambar : Google

7 September 2013.

Yani buat entri khas untuk membalas komen-komen yang dihantar dalam entri sebelum ini. 

Pertama sekali, maaf Yani tak sempat komen semalam sebab bercuti dan sibuk dengan urusan hantar kakak pergi naik haji semalam. Yani sempat jenguk beberapa kali blog dalam hp, bergenang airmata bila setiap kali buka dan baca, nampak banyak komen-komen dari kawan-kawan TTC yang masuk dalam entri tu.

Ya Allah...terima kasih sebab temukan diri ini dengan rakan-rakan yang banyak memberi nasihat dan kata-kata semangat walaupun kita tak pernah bertemu muka. Yani rasa tak silap tindakan Yani meluahkan perasaan dan isi hati Yani ketika itu dalam blog, sebab Yani tahu dan yakin, ada insan-insan istimewa yang faham masalah Yani dan mampu menjadi pendengar masalah yang baik. Alhamdulillah, semua komen-komen yang dihantar Yani baca berulang-ulang kali, rasa tak puas dan wujud perasaan sangat lega bila hati kembali tenang.

Yani doakan semua rakan-rakan TTC, terutamanya yang sudi memberi nasihat, kata-kata perangsang dan peringatan mesra pada Yani agar dilindungi dan dilimpahi rahmat, nikmat dan kehidupan yang sentiasa dalam lindungan kasih sayang-Nya. Kalaulah Yani dapat peluang bertemu dengan rakan-rakan semua, Yani nak sangat peluk dan ucapkan "Terima kasih banyak-banyak".

InshaAllah, emosi Yani dah kembali stabil. Memang tak dinafikan, memang susah untuk bangkit semula bila emosi diri sudah terjelepuk jatuh ke dasar yang paling dalam. Yani cuba ingatkan diri sendiri untuk lihat masalah Yani ni dari sudut yang lebih positif. Hubungan dengan hubby pun dah kembali mesra, terasa macam tengah bercinta semula. Yani tahu, dari cara sentuhan dan bahasa tubuhnya, dia mahukan diri Yani yang dulu; yang ceria dan tabah walaupun dihimpit isu zuriat. 

Ya Allah, kembalikanlah semangat diriku yang dulu, yang sentiasa yakin semua perkara yang berlaku ada hikmahnya dan yang sentiasa berusaha menggembirakan hati-hati orang tersayang. Ampunkanlah diri ini Ya Allah....terimalah taubatku. Amin ya rabbal alamin....

Mama3heroo, Umi Sufi, iWani'S, PUANSTOBERI (KekDa), Safiyyah, Mrs Zamzuri, ||aLeaSaRa|| , Sweet Tooth, SaL_HaSa, Shazrina, Cikji dan rakan-rakan yang lain...terima kasih, sayang semua ketat-ketat tau!

P/s: Pada kawan-kawan yang minta alamat emel Yani, boleh berhubung dengan Yani di anida_yin@yahoo(dot)com ye....

4 comments:

  1. As'salam...Alhamdulillah dear,,,awak dh kembali bangkit...macam ni la baguss...x mo sedih2 lg tau..saya percaya,,awak ada semua yg org lain xde,,cuma Allah uji hal ini saja. Saya pun beberapa tahun menunggu, tup tup Allah bg dalam keadaan sy sendiri x jangka. selama ni sy fikir,penantian sy ni mmg dah x ada pengakhirannya. Selalu sy tanya pd husband sy " mcm mana ye abg,if kita tak ada anak smpai akhir hayat kita?" dan suami sy jawab "redha la. Biar kita jalani hidup ni mcm ni sama2 smpai akhir hayat kita". tapi awak percayalah,,,,penantian awak ni akan berakhir dgn kemanisan juga nanti. Percaya pd Allah. jangan pernah putus asa. Usaha n usaha...

    ReplyDelete
  2. farhah doakan akak dikurniakan zuriat suatu hari yang Allah swt sahaja tahu :) semoga akak dan suami sentiasa berusaha dan tidak berputus asa. untung akak ade husband yg senantiase support akak dan memahami akak. moga akak dan suami sentiasa bahagia. amin!

    ReplyDelete
  3. sama2 yanie..xpe,kita sama2 lalui perkara yg sama..mmg kita dhm sgt perasaan tu..me pun kdg2 down jugak,tp lepas tu ok balik..biasalah..jgn putus asa k..

    ReplyDelete

Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)