03 September 2013

Rapuh


3 September 2013.

Rapuh.
Luaran sahaja tampak kuat, nampak aku tak kisah.

Tapi dalam hati dan jiwa aku?
Senyuman yang memalsukan rasa pedih dan sedih dalam hati.
Perasaan diri sendiri yang bertarung menafikan kenyataan aku sebenarnya kepingin sangat.

Kadang aku rasa aku cukup tabah.
Kadang aku rasa aku cukup redha.
Kadang aku rasa aku masih boleh bertahan.

Tapi, hati siapa yang sebenarnya aku cuba kaburi?
Hati sendiri.
 
Aku mungkin sudah melepasi fasa mudah tersentuh hati, mudah menangis ....
Sebab aku cuba bina keyakinan diri, aku tahu aku mampu lakukan dan usahakan sampai dapat
Tapi kadang terdetik dalam hati, berbaloi ke usaha aku selama ini?
Usaha dan tawakal di tangan aku, hak dan sama ada layak atau tidak berada di tanganNya

Ya Tuhan,
Lembutkanlah hati aku untuk terus berusaha, berdoa dan meminta padaMu
Tabahkanlah hati aku untuk menerima dan menghadapi dugaan ini
Kuatkanlah ikatan kasih sayang antara kami suami isteri
Jadikanlah diri kami pasangan hidup yang Engkau rahmati dunia dan akhirat...

14 comments:

  1. Di saat sy baca entry saudari, sy sendiri pun sedang rapuh. Hati sdg tenggelam dek air mata yang tak terlihat. Hanya Allah sahaja yang tahu betapa kepinginnya hati ini untuk memiliki zuriat sendiri.
    Marilah kite sama2 doa agar impian kita ni akan termakbul. Amin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Shazrina, kita masing-masing ada isu dalam usaha nak dapatkan zuriat sendiri; sama ada isu tu datang dari diri kita atau pasangan kita. Saya selalu berdoa untuk rezeki yang satu tu, tapi kadang terfikir, terlalu meminta ke saya ni pada Allah? Dan terfikir, Allah belum kurniakan rezeki tu pada saya sebab saya tak layak lagi ke bergelar ibu?

      Delete
  2. semoga kembali bangkit dan tros berusaha.ameen :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iya, amin! InshaAllah saya cuba bangkit, tapi mungkin makan masa untuk pujuk hati. Hilang mood diri, tempiasnya terkena pada suami...saya tahu dia cuba pujuk hati saya dengan kata-kata positifnya, tapi hati tengah sedih, tak semua kata-kata dia mampu mengubah rawan dalam hati ni. Kesian dia...

      Delete
  3. bertabahlah ye! setiap dugaan itu ada manisnya yang Allah janjikan nanti insyaa Allah. jangan kata diri tidak layak untuk bergelar ibu, katakan diri itu akan dapat yang terbaik di kalangan roh roh kecil di sana. cuma belum masa. tabahkan hati ye.. and smile always.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks dan inshaAllah Zura...mungkin betul cakap Zura tu, belum masanya lagi....

      Delete
  4. assalamualaikum akak ku..

    rasa nak nangis baca entri kali ni.
    tabah.kuat ye kak.

    nak ucap selamat hari raya kat akak.lama tak komen kat sini.selalu singgah tapi kejap-kejap je.ahad lepas kiteorg pi jalan kat mydin melaka yang besar tu.ramai sgt orang.aida pun lemas.hehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aida,

      InshaAllah, ketabahan dalam hati tak semudah yg kita ucapkan. Di mulut, perkataan meluncur laju, tapi di hati makan masa, mungkin bertahun.

      Selamat hari raya juga pada Aida sekeluarga....la, sampai Melaka awat tak roger2, boleh jumpa budak encem tenit tu~

      Delete
    2. add facebook aida kak

      aida musliha

      Delete
    3. Aida...dah hantar friend request... :)

      Delete
  5. In sha allah..dugaan ini buat kita makin kuat:-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. InshaAllah PnSusu.....kuat yang Yani sendiri tidak tahu di mana penghujungnya.....rapuh tu sentiasa ada dalam diri, sama ada terlihat atau tidak sahaja pada luaran diri ni.

      Delete
  6. I know u are strong Yani... pick up your broken heart, don't think about it too much...Yakin, satu hari nanti Allah akan bagi rezeki tu...Atau digantikan dengan sesuatu yg lebih baik. He Knows what is best for us. Take care...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks Sweet Tooth....inshaAllah. Tak tahu la ni kesan pil Clomid ke hape, lepas period dan makan Clomid, mood hilang terus, asyik sensitif je, asyik rasa demotivated pasal usaha TTC....

      Delete

Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)