18 Ogos 2013.
Selama berTTC ni, aku kombinasikan sekali dengan usaha menurunkan berat badan aku menggunakan diet Herbalife. Kebetulan, apa yang aku amalkan untuk usaha TTC boleh diamalkan bersama untuk bantu menurunkan berat badan; susu kambing, kurma dan buah-buahan.
Bila beli stok sedikit-sedikit ni dan simpan dua tiga tempat di rumah, tak perasan stok sedia ada dah berlebihan. Contohnya, stok kurma ni. Selang dua minggu biasanya aku beli dua tiga kotak kurma Safia Yusuf Taiyoob di Family Store. Kurma ni dah jadi stok wajib ada sepanjang masa, bukan setakat masa bulan Ramadhan sahaja. Cumanya, beberapa hari dalam bulan Syawal aritu, aku ada singgah ke pasaraya Econsave, aku ternampak ada promosi kurma Safia ni dengan harga gila-gila murah.
Selalunya, harga yang biasa aku dapat cari paling murah adalah RM9.90
sekotak di Family Store. Harga kurma Safia ni berbeza-beza, ditentukan
oleh kedai tempat ia dijual. Selama ni kalau aku riki harga kurma Safia
ni kat Econsave, harga tak pernah berubah dari RM12.90 sekotak. Mahal
kan? Tapi lepas raya aritu, mungkin stok kurma banyak sangat kat
Econsave dan tak nak rugi, Econsave jual sekotak dengan harga RM4.89 !
Huhuhu~ terus aku sambar sampai tiga kotak.
Stok susu kambing ni pun aku beli paling banyak dua kotak sekali beli. Harga sekotak susu kambing pun berbeza-beza kat kedai berlainan. Paling murah aku pernah beli RM23.90 sekotak di Family Store Batu Berendam dan farmasi di TESCO Seremban 2, kalau kat Family Store Sungai Udang harga dia mahal sedikit RM29.90 sekotak.
Buah epal hijau dan merah ni memang buah-buahan wajib ada kat rumah dan dalam peti sejuk. Buah-buahan lain pun ada juga aku beli, tapi yang dua jenis ni memang kena ada. Selain jadi snek sihat masa senggang, aku memang blend dengan shake Herbalife aku dan hubby.
Assalamualaikum
ReplyDeletesy pon amik Herbalife.
penurunan sy amat slow sebulan 1.5kg sbb sy shake skali jea atau kdg2 xshake .total lost around 6kg dlm ms 5 bln.
Lihat org sekeliling saya yg shake 2x..mmg gempak penurunan.So amik kuputusan starting 4 ari lepas sy shake 2x.
Amanina, penurunan berat badan antara seorang dengan org lain tak sama, kena tgk juga kadar metabolisma badan masing-masing. Macam Yani dulu, paling banyak pun turun sebulan 3kg, paling sedikit beberapa ratus gram sahaja. Ada juga beberapa bulan berat statik tak turun dan tak naik, org panggil peringkat plateau. Tapi kita still boleh tgk penurunan peratusan lemak badan dan peningkatan muscle mass.
Deletekalau kurang turun, cuba tgk balik pola pemakanan kita, mungkin kita boleh tambah dengan bersenam, minum air lebih dari biasa dan kurangkan jumlah intake pemakanan sehari kita. sampai satu tahap, badan dah kenal cara kita berdiet, masa tu dia pula resist untuk bekerjasama, so kita kena adjust sedikit sistem diet kita....
Cuba ambil 1 bulan, jangan cheat langsung pengambilan shake pagi dan malam....kalau kuat semnagat, jangan ada langsung cheat day, lepas tu tgk macam mana penurunan berat badan, sama ada laju atau masih sama...ok? konsep try and error yang Yani gunakan sekarang...
Thanks bg tips
ReplyDeletemmg kena kuat smgt .kdg2 nk cepat jea ms berlalu.agak perit kalu pk2 berat badan jd punca sukar hamil :(
Amanina dah kawin ye? Tgh cuba turunkn berat badan utk usaha hamil? Sorry bertanya sebab tak boleh view profile Amanina...
Deleteaah da kawin.
Deletedoctor diagnose sbg PCOS.
doktor adala bg ubat sekat selera mkn and buang lemak.tp menganggu aktiviti seharian.ubat sekat selera mkn jd mual,loya n degupan jantung jd laju.ubat buang lemak plak buatkan tercirit dalam sluar
tu ambil keputusan ambil HL.
Amanina, boleh tak kongsikan nama ubat (medical terms) yang doktor berikan pada Amanina tu kat sini, just curious kenapa sampai macam tu simptom dia? Mungkin Yani boleh tanyakan member2 dan adik yg kerja di Hospital untuk makluman tambahan Amanina, kalau tak menyusahkanlah. Berapa dos setiap satu ubat tu dan aturan makanannya sekali ye....
Deletesekat selera tu metarformin.(after mkn 3x sari)
Deletebuang lemak curvalic.(2x b4 mkn)
Amanina, saya tak rasa metformin tu untuk tujuan sekat selera makan, selalunya Dr akan beri untuk kawal simptom kadar insulin dalam badan. Penghidap PCOS ni sejarah insulin dia naik turun, jadi ada kesan pada penghasilan hormon pembiakan kita. Kalau ada buat rujukan di mana-mana, metformin mmg terkenal dikalangan PCOSers....dos mungkin berlainan antara satu sama lain. Mungkin boleh rujuk semula Dr untuk revise dos metformin semula.
DeleteCurvalic saya baru pertama kali dengar, nanti saya cuba dapatkan 2nd opinion dari rakan-rakan lain, ye. Saya cuba...inshaAllah!
aah
Deletesy tau fungsi metformin pon sy bc kat blog drzubaidi
tp kat plastik die tulis sekat selera makan.
Thanks
sy skrg cuma turun dgn HL.now dah 60kg.kena turun 10kg la..same2 kita usaha :)
Alhamdulillah, banyak juga dah turun, lagi ringan dari Yani.....kita usaha sama2...
DeleteKurma safia tu sedap kan yani.. kat umah pun beli yg itu... skrg ni sy pun tgh berlebih stock susu kambing..
ReplyDeleteHaah Sizuka, buat masa ni kurma Safia memang pilihan utama Yani, sbb tak minat kurma yg jenis basah lembab sgt atau terlalu kering. Kurma Safia just nice je tekstur dia....Yani berlebihan stok susu kambing sebab start seminggu lebih lepas, dah kurangkan dos/intake dlm shake...isu berlebihan kalori la ni, minum tetap minum tapi kurangkan sukatan....1 paket berkongsi dgn hubby....
Delete