17 August 2013

4 Anak Bulus

17 Ogos 2013.

Seronok sangat hari ni sebab mama miow yang selalu datang makan di rumah ni, bawa balik juga anak-anak bulus dia yang selama hampir beberapa minggu disembunyikan. Aku sendiri tak pernah tengok anak-anak bulus ni sejak dilahirkan. 

Orang yang paling terkilan, semestinya hubby sebab dia yang paling jaga makan minum mama miow yang sarat bunting sampai aku sendiri cemburu dengan cara layanan hubby pada kucing betina bunting tu. Hubby mengharapkan mama miow beranak di rumah kami tapi mama miow ni beranak di tempat lain, mungkin di rumah jiran kami. Dia cuma datang seekor di pintu dapur rumah kami untuk makan dan minum je, tak pernah bawa anak-anaknya. Hubby sampai peringkat merajuk dengan mama miow tu, aku ingatkan hubby supaya jangan berharap sangat pada mama miow tu. 

Mungkin disebabkan aku dah imun dengan kehilangan dan kematian anak-anak kucing aku sejak beberapa tahun ini, aku tak berapa teringin sangat nak bela kucing. Aku ni jenis kalau dah sayang, boleh sampai melalak menangis kalau kucing-kucing aku mati, hilang dan dilanggar. Mungkin juga hati aku dah 'keras tanpa sebarang perasaan' dah. Tapi itu tak bermaksud aku buat benda bukan-bukan pada kucing yang datang ke rumah aku, aku tetap layan dan beri makan, cuma tak sampai tahap berharap kucing tu tinggal terus di rumah aku.

 

Tengahari tadi masa aku berada di dapur untuk siapkan bahan-bahan untuk memasak lauk makan tengahari, aku terdengar bunyi nyaring anak-anak kucing kat luar pintu dapur rumah aku. Bila jenguk ke luar, aku jadi sangat terkejut sebab nampak empat ekor anak-anak bulus ni dengan mama miow sekali.

Mahunya aku tak melompat kegembiraan? Aku buka pintu dapur tu, terus belek-belek keadaan anak-anak bulus. Aku cekut semua anak-anak bulus tu terus bawa masuk ke ruang tamu, untuk tunjukkan pada mak aku. Mak aku pun suka tengok anak-anak kucing ni, siap terbalikkan anak-anak bulus ni nak tengok apa jantina diorunk.

Aku ambil gambar anak-anak bulus ni dan MMSkan pada hubby, sepantas kilat hubby telefon aku. Huhuhu, kemain seronok dia bila aku kata mama miow dah bawa anak-anak dia datang rumah kami. Excited je suara hubby....

Alhamdulillah, nampaknya aku kena berebut kasih sayang antara mama miow dan anak-anak bulus tu dengan hubby la lepas ni.....

2 comments:

  1. Mama meow bawak anak bulus datang beraya umah yanie :-)

    ReplyDelete
  2. Sweet Tooth,dtg beraya sekaligus bermastautin kt rumah yani ni...huhu...

    ReplyDelete

Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)