19 August 2013

Syawal 2013 : Berpuasa Ganti Hari Ketiga



19 Ogos 2013.

Berpuasa ganti hari ketiga hari ini. Alhamdulillah, saat entri ni ditulis, tinggal lagi sejam lebih untuk berbuka. Kebetulan, hari ni di pejabat diadakan satu bengkel dan mesyuarat berkaitan skop kerja rasmi aku. Disebabkan aku berpuasa, aku ada lah cakap dengan urusetia dalam nada bergurau, minta simpan sedikit untuk aku berbuka petang nanti. Rupa-rupanya betul-betul kakak kawan pejabat aku bekalkan nasi impit, kuah lontong, sambal dan kuih putri ayu, banyak pula tu! Alhamdulillah, rezeki berpuasa ganti hari ini. Kuih putri ayu ni memang kuih kegemaran aku dari dulu.


Sebelah petang pula, mesyuarat lanjutan bengkel aku tu diadakan di bilik mesyuarat bangunan lain. Dalam mesyuarat tu, semua ahli mesyuarat dibekalkan minum petang berupa sebekas blueberry cheese tart siap dipek dan air minuman berhidang dengan cawan.

Alhamdulillah, rezeki lagi....untuk rekod, puasa ganti aku masih berbaki lima (5) hari lagi, kemudian kalau diizinkan-Nya aku nak cuba buat puasa sunat Syawal.

13 comments:

  1. selamat berpuasa ganti! saya ingat nak start minggu ni tapi ada kursus pulak mesti ada makan free (tamak).. hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ikutkan hari ni saya tak ingat langsung ada bengkel dan mesyuarat, macam biasa kan ada makan2....dah la tghari tadi pun urusetia sediakan makan tengahari lauk asam pedas ikan parang (kalau tak silap)...perghhh! Redha jer la.....nasib baik tak kempunan ada kawan opis tolong tapaukan...alhamdulillah!

      Delete
  2. Sama la.. sudah hari ketiga jugak :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye ke Sizuka...ada pun kawan berpuasa Yani (tapi jauh la!)....Sizuka dtg bulan 7 hari je kan?

      Delete
    2. yap.. 7 hari je.. tu pun terasa byknye nak kene ganti... hehe

      Delete
    3. Huhu...bertabahlah ye! Yani hari ni puasa ganti hari ke-4, ada lagi baki 4 hari..tapi pagi ni dah start rasa bisa-bisa kat sekitar ari-ari, lenguh pinggang dan breast pain dah makin berkurangan...tanda-tanda nak period dah ni, cuma menunggu je bila ketibaan Puan "P" ni....

      Delete
  3. Memang mencabar nk poser time2 bulan shawal nih.... Minggu ni berderet open 'opis' yg department2 kt tmpat keje i buat... Mmg kena bertabah la... Kompem naik balik all the kilos yg i dh loss masa pose ri tu... Huhuhuhu....ades..... (nangis!)

    ReplyDelete
    Replies
    1. InshaAllah, kena tabahkan hati...makanan raya ni bila-bila pun boleh makan, lepas Syawal pun boleh...sebelum raya, berat badan turun dalam 2.4kg, ni dah dekat dua minggu raya, alhamdulillah....naik 1.0 kg je. Puasa ni pun salah satu cara naik turunkan balik dan maintainkan berat badan Yani ni.

      Delete
  4. Masa dulu2 kisah gak kalo puasa time ada mesyuarat...sbb missed makanan yang sedap2. Tapi sekarang dah tak kisah sgt pasal makan. Rasa puasa lagi bagus..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pagi ni pun ada mesyuarat pengurusan, urusetia order nasi lemak daun pisang saiz XXL...hadoii...menduga iman betul la, dah la lepas sahur tadi Yani cirit-birit sampai lembik badan, tapi masih cuba bertahan puasa sampai sekarang....habis keluar balik air masak yg minum dan khasiat shake Herbalife yang Yani consume sahur tadi.

      Delete
  5. aku baru 2 ari ni.. nak gigih jugak ganti awal2.. slalu terbabas bulan rejab baru nak hegeh2 nak ganti.. tu pun oke rejab..kadang syaaban baru nak ganti. hiihi. tahun ni harap dapat abiskan masa bulan Syawal. Insyaallah. Ada 6 ari kena ganti :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. eh..aku plak... "akak" la tu..cemana ter tulis aku plak. hahahaha

      Delete
    2. Hehe..tak pe KekDa, yani pun biasa tersasul bila komen entri....tu la dia, Yani nak cuba settlekan awal-awal ganti puasa Ramadhan ni, dan cuba cabar diri buat puasa sunat Syawal...

      Delete

Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)