20 August 2013

Masak Lemak Kubis


20 Ogos 2013.

Korunk jangan gelakkan aku,ye? Lauk ni aku tak pernah masak sebab tak pandai masak, tapi aku suka makan. Kan lauk ni lauk yg selalu jumpa kat kedai makan dan kenduri kendara, memang jadi kegemaran aku.

Sabtu lepas, dek tekak teringin sangat nak makan lauk masak lemak kubis, aku tanya mak macam mana nak buatnya. Sukatan bahan tu yang penting sebenarnya.

Bahan-bahan :
1/4 kubis
1/2 batang lobak merah
1 batang cili merah
1/2 kotak santan
1 1/2 cawan air
2 sudu besar bawang merah dikisar
1/2 sudu besar bawang putih dikisar
2 sudu besar udang kering dikisar
Garam dan cukup rasa ikut rasa ko la..hehe!

Cara Memasak :
1) Masukkan santan, air, bawang besar, bawang putih dan udang kering dalam periuk.
2) Masukkan lobak merah dan cili merah.
3) Masukkan kubis bila air dah mendidih
4) Reneh kubis sampai nampak layur sedikit.
5) Tutup api.

8 comments:

  1. ni salah satu menu berbuka sy semalam... hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Huhu....lauk yg mudah kan, tapi bila tak tahu masak, benda mudah rasa susah.....huhu~

      Delete
  2. i pun suke masak ni sbb paling senang...tak yah tomis2 semua...masuk je dalam periuk n masak... Selain kobis, hubby i suka masak lemak putih taugeh. Pebret dia :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sweet Tooth, kalau masak lemak putih taugeh, selalunya letak daun kucai dan tempe,kan? Uissh...terliur dah ni!

      Delete
  3. Hik hik.. akak ni kan paling tak pandai nak guna sukatan2 ni. Main campak2 ikut sesedap rasa tekak sendiri je.

    Tp mmg senang pun buat nih. cuma kena pandai jaga api supaya tak pecah minyak santan tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu...mak Yani kalau masak selalu guna istilah "ikut suka"...Yani yang baru belajar masak ni manalah tahu ikut suka tu banyak mana, awal-awal belajar kena tahu sukatan betul, dah mahir skit baru adjust skit resepi ikut tekak kita....huhu!

      Delete
  4. Wah, nampak mudah..rasa2 nak cuba buatlah ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sila-sila......ni masak lemak kubis versi mak Yani... :)

      Delete

Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)