20 August 2013

Syawal 2013 : Berpuasa Ganti Hari Keempat


20 Ogos 2013.

Hari keempat berpuasa ganti. Ada mesyuarat pengurusan pagi tadi. Makanan yang dihidangkan nasi lemak daun pisang dan ayam goreng. Pergh, kembang kempis hidung tahan bau nasi lemak semerbak dalam bilik mesyuarat tu bila kawan-kawan pejabat jamah nasi lemak masing-masing, nasib baik aku duduk di kerusi bahagian belakang jadi tak nampak secara terus masing-masing sedap punye makan masa tu. Huhuhu...

Bahagian aku, aku simpan untuk dimakan waktu lepas shake. Bungkusan nasi lemak ni sangat besar, yer la ayam goreng pun dibungkus dalam tu. Jangan risau, tak makan habis pun. Rasa kenyang skit, terus bungkus balik. Sebelah pinggan siap-siap 2 liter air teamix. Lepas berbuka tadi dengan shake Herbalife, aku sudah habiskan 2 liter air masak, jadi sekarang masanya menghabiskan 2 liter air teamix sebelum tidur.

Simptom rasa sengal di sekitar ari-ari dah mula terasa sejak pagi tadi, lenguh pinggang pun dah muncul. Breast pain makin kurang terasa bengkak dan sengalnya. Untuk rekod, hari ini adalah CD26 dalam kitaran haid aku.

Ada berita gembira, tapi aku simpan dahulu....inshaAllah, bila dah capai sasaran aku, aku akan ceritakan di sini. 

2 comments:

  1. Alaa yani ni.. saspen pulak... huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha...tak de la saspen sgt, Sizuka...benda biasa2 je....

      Delete

Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)