31 Ogos 2013.
Mula makan Clomid pada hari kedua period (28 Ogos 2013). Empat hari selera makan aku naik membuak-buak. 3 malam berturut-turut tak shake Herbalife, makan heavy meals. Aku sendiri terkejut dengan diri aku ni.
Semalam hari yang paling disaster. Bayangkan pukul 12 tengahari, aku makan 3/4 pinggan nasi lemak yang dihidangkan semasa mesyuarat. Jumaat kan ada waktu rehat yang panjang, kan? Aku ke AEON Ayer Keroh, sebab nak beli stok toiletries rumah. Turun je escalator, ternampak kedai roti. Terus rasa lapar balik, aku singgah beli 3 biji muffin dan 1 keping roti sosej. Dalam perjalanan balik ke pejabat, langsai 1 keping roti sosej dan 1 biji muffin.
Kebetulan semalam hubby offday dan ke KL untuk ke HQ dia. Dia beli burger Subway untuk aku, dan burger Carl's Jr untuk dia di The Mines. Jadinya, malam tadi aku berjemaah makan burger Subway dan cuit sedikit burger Carl's Jr hubby sambil tengok berita kat tv. Lepas makan, aku lepak atas katil dengan hubby sambil tengok movie dalam laptop. Tangan sebelah dah ada dalam balang keropok bawang, tangan sebelah lagi dok kuis-kuis muffin yang masih berbaki. Sampai satu tahap, hubby pandang aku lain macam, dia siap cakap "Sayang, makan lagi??"
Astagfirullah al azim!
Tak boleh jadi ni!
Pagi tadi timbang berat badan, nasib baik tak naik banyak. Hari ni nekad nak kawal balik makan, sekat nafsu nak makan dengan banyakkan minum air masak dan jauhkan balang kuih raya dan keropok dari pandangan mata. Alhamdulillah, amalan minum air masak sekurang-kurangnya 4-5 liter sehari banyak bantu aku daripada berat badan naik mencanak-canak.
Malam ni aku shake Herbalife dan jamah buah epal hijau.....bertabahlah!
P/s: Hari ni CD5.
Sy plak mmg shake.
ReplyDeleteTp ari2 ada openhouse.mknan bleh tahan brminyak.sume bergoreng.paham jeala,makan brgoreng mmg susah nk turun.statik 59.8kg slame 3 mgu.
Harap2 xda lg openhouse.
Amanina...Yani memang elakkan terus pergi rumah terbuka/pejabat terbuka. Nasib baik sekarang sibuk dengan kerja ofis yang datang bertubi-tubi, so ada excuse di situ....huhu! Yani perasan, bila shake 1 kali je dan malam makan, badan jadi cepat letih dan mengantuk awal....macam ular sawa je. Tapi bila shake 2 kali, memang energetik dan lambat mengantuk. Fokus sekarang nak dapatkan angka 50++ sebelum hujung tahun 2013....bismillah!
DeleteBtol,kalu shake skali..mudah mengantok dan badan lemah.sgt setuju.
ReplyDeleteHarap mudah la kita turun berat.harap sgt hormon dpt stabil mcm dlu.
Sy duk kt kg plus tak keje.mmg kena g jgk open house.no excuse.huhu
Huhu, tak pe boleh je pergi openhouse skrg ni, cuma kena pandai kawal makan la. kena pandai bajet berapa rumah kena pergi 1 hari, bahagi la sikit2 makanan tu untuk bilangan rumah. InshaAllah, kalau istiqamah jaga kesihatan, hormon boleh stabil balik dengan izinNya....Yani ni pun dah nampak kesan Herbalife pada hormon Yani, walaupun makan masa skit....badan kita kan tak sama antara satu sama lain? Ada yang dapat result cepat, ada yang lambat (mcm Yani).
DeleteHi there! I found someone in the same boat! Terasa lapas all the time kan? I hate this hunger pangs... I ambil metformin pun not really helping :( Anyway, great job on your ketabahan!
ReplyDeleteTM, rasanya penangan Clomid memang menaikkan selera makan terlampau kot? Huhu...ni yg dok risau next cycle kena telan lagi Clomid.....Herbalife membantu Yani stabilize balik kenaikan berat badan, maintain skit....TM dah ambil Clomid berapa cycle?
Delete