23 April 2013.
Hasil membelek majalah SAJI Mei 2013, terasa nak cuba buat puding sandwic marble. Dua kali buat, kali pertama buat; betul-betul ikut resepi. Hasilnya, puding manisss amat. Jadi kali kedua buat, dah tahu apa yang patut dikurangkan. (Read: Dua kali buat kurang 24 jam)
Rambang mata sebenarnya nak cuba resepi-resepi yang ada dalam majalah resepi masakan, tapi kena buat ikut kemampuan diri la kan. Setakat ni aku belum cuba mem'baking'. In shaa Allah, ada masa nanti perlahan-lahan belajar.
Resepi dan cara masak puding ni bolehlah dirujuk dalam majalah SAJI ni ye? Sekurang-kurangnya boleh beli dan buat koleksi sendiri nanti. Banyak lagi resepi sedap-sedap ada dalam tu.
Alang-alang ada lebihan roti gardenia, aku google resepi pizza homemade yang super simple. Aku gabungkan dua tiga resepi dari rakan blogger. Bila aku tanya encik suami, dia kurang minat pizza yang guna bahan sardin, jadi aku guna alternatif lain; guna tuna sedia makan dalam tin. First time beli pizza topping mozzarella, lama juga aku dok belek jenama dan jenis cheese kat Econsave tu.
Inilah hasilnya, dua resepi siap serentak. Sampai mak dan bibik terkejut, lepas satu-satu makanan aku hidangkan untuk dirasa dan diberi komen. Overall mak kata sedap, bibik pun kata enak ya buk? Hehe~
yumi² sedapkan.... lg pun sempoi jer masakknya...
ReplyDeleteYup Masya, Yani suka cuba resepi yang mudah2 dan simple, kata org tak genyah di dapur...
Deletealamak,terliur la plak.dh lama cikji xmasak dessert
ReplyDeleteCikji....hehe, dah tu apalagi? Kalau bahan cukup, 'on' je la... :)
Deleteats puding tu letak coklat ke yang.nampak sedap ni...
ReplyDeletemozarella bawah tu buat eka terliur
Eka : atas puding tu buat dari satu cawan adunan puding yang dimasak atas api tu, campur dengan 1 sudu besar serbuk koko dan 1 sudu besar milo. mozzarella tu second time buat baru berani letak banyak2 skit sebab dah tahu 1st time buat dia melt sekitar tu je...
Delete