Sumber Gambar : Rekod kesihatan lama di KK Ayer Keroh (2011)
1 April 2013.
Rawatan susulan di tempat baru; Poliklinik Ayer Keroh. Memang awal-awal request pada doktor pakar GH Melaka untuk dirujuk ke Poliklinik paling dekat dengan tempat kerja. Ikutkan normal, semestinya doktor pakar akan rujuk kes aku pada klinik kesihatan berdekatan tempat tinggal; KK Sungai Udang. Tapi aku minta jasa baik doktor, rujukkan aku ke klinik kesihatan terdekat sebab masalah nak keluar masa waktu bekerja, nama nak ambil cuti rehat selalu memang jangan haraplah, cuti pun kena sukat, unit paling sibuk sekali dalam jabatan lah katakan, puftt!!
Masa mendaftar, staf KK ada tanya kalau aku pernah dapatkan rawatan di KK Ayer Keroh sebelum ini, jadi aku mengiyakan sahaja walaupun seingat aku kali terakhir aku ke KK Ayer Keroh ni adalah pada awal tahun 2011. Itu pun pasal nak dapatkan surat rujukan doktor perubatan KK untuk rujuk kes rawatan kesuburan ke klinik OnG GH Melaka.
Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar dan baik. Standardlah kalau prosedur agak slow dan aku dapat berjumpa doktor hanya setelah dua (2) jam menunggu, nama pun klinik kesihatan kerajaan! Keputusan ujian pun menunjukkan keputusan baik setelah doktor pakar di GH Melaka mengubah dos ubat aku sebelum dirujuk ke KK Ayer Keroh ini.
Masa staf nurse arahkan aku ke kaunter depan untuk buat buku baru, aku berpeluang belek-belek buku rekod kesihatan lama aku. Baru aku teringat, aku pergi ke KK ni untuk rujuk tentang isu kehamilan seawal lima bulan usia perkahwinan kami suami isteri. Tarikhnya adalah 3 Mac 2011. Genap dua (2) tahun rupanya aku dirujuk semula ke KK Ayer Keroh ni akhirnya. Berat badan masa lima (5) bulan lepas kahwin adalah 77.0kg. :P
Untuk rekod, tarikh rawatan susulan seterusnya adalah pada 24 Jun 2013 - sehari sebelum tarikh lahir aku tahun ini. In shaa Allah, semoga pada tarikh itu, kesihatan aku bertambah baik dan ada perkhabaran gembira. Amin!
No comments:
Post a Comment
Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)