31 March 2013

Wrap Up : Mac 2013

31 Mac 2014.

Berat Badan : Alhamdulillah, bulan Mac bulan yang menampakkan penurunan berat badan yang kembali ok. Kali terakhir timbang, Jumaat lepas berat badan aku adalah 67.7kg. Syukur, walaupun bercuti jauh dan agak sukar nak displinkan diri, tiada kenaikan mendadak malah turun berat badan.


Cuti-cuti Malaysia : Setelah dihimpit macam-macam emosi (takut cuti tak lulus, audit masuk, dimomok tarikh PRU-13 dan kes Lahad Datu), akhirnya Alhamdulillah kami berjaya menjejakkan kaki ke Kota Kinabalu-Tamparuli-Kundasang-Ranau. Selamat pergi dan selamat balik ke Melaka. Percutian selama 5hari 4malam banyak mengajar aku erti hidup berkeluarga, tipulah kalau aku cakap aku happy sepanjang bercuti. Makan hati, sentap malah meleleh airmata di Sabah. Siapalah yang nak bergaduh dengan suami bila mana saat bercutilah saat yang perlu dinikmati bersama sebaik mungkin,kan? 



Anugerah Tak Terduga : Malam hari aku sampai di Melaka, aku dikejutkan dengan kelahiran anak-anak kucing di luar dapur rumah. 2 ekor sahaja. Hari ni genap seminggu kelahiran mereka, aku dah mula menyayanginya. Kejap-kejap aku ke dapur membelek mak dan anak-anak kucing tu.



Period : Datang dua kali bulan ini. Awal bulan dan tengah bulan Mac 2013. Datang sehari sahaja yang selebihnya brown spotting selama beberapa hari sebelum dan selepas period tu.  Macam mana tu? Redha je la, sebab aku sendiri yang pilih untuk tidak teruskan pengambilan ubat turun haid, pil hormon mahupun pil perancang lepas temujanji dengan doktor pakar di GH Melaka pada Januari lepas. Tekad hati nak cuba turunkan berat badan dengan amalan Herbalife.

Sumber Gambar : Copet Pak cik Google

2 comments:

  1. skelah tgk perubahan badan yani :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sue : Yani tgk dalam entri baru Sue, tak de la naik sangat badan Sue..ok je?

      Delete

Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)