29 April 2013

2 Kitaran Baru : Clomid Dan Duphaston


29 April 2013.

Kitaran baru dengan ubat baru.
Lepas bincang dengan doktor dan tunjukkan carta kitaran period aku dari bulan Januari - April 2013, doktor cakap mungkin sukar sedikit untuk aku dapat period yang ok (ok which means betul-betul ovulate), jadi dia buat keputusan aku teruskan dengan rawatan ubat clomid.

Aku tolak cadangan doktor yang nak berikan aku ubat Progyluton dan Provera since doktor sendiri kata ada kemungkinan berat badan akan naik sedikit masa consume ubat-ubat hormon macam tu. Terus terang aku cakap dengan doktor, aku dah penat nak deal dengan masalah berat badan since aku dah berusaha untuk turunkan berat badan selama ini, jadi aku minta doktor beri alternatif lain. (Read : Aku betul-betul sebut perkataan 'PENAT' tu depan doktor!)

Doktor OnG GH Melaka bekalkan ubat duphaston dan clomid untuk diambil bagi dua (2) kitaran. Temujanji seterusnya adalah pada bulan Ogos 2013 nanti lepas raya.

Doktor pesan macam ni (dia siap lakar carta alir untuk pemahaman aku dan encik suami):

(1) - Tunggu period bulan Mei (paling lewat sampai 10 Mei 2013 - CD31), kalau period secara semulajadi, kena makan ubat clomid pada hari ke-2 hingga ke-6 period. Kalau sampai tarikh 10 Mei 2013 pun masih tak nampak bayangan period nak turun, doktor suruh makan ubat duphaston selama lima (5) hari. Lepas tu, tunggu period muncul.

(2) - Hari ke-10 hingga ke-16, sila bersama dengan suami sekerap yang boleh. ;P

(3) - Tunggu, kalau ada rezeki, adalah...kalau tak ada, cuba lagi untuk kitaran baru.

(4) - Ulang langkah (1) - (3).

Doktor beritahu, salah satu simptom makan ubat clomid akan sakit perut, bergantung kepada individu juga. Kalau tak tahan sangat, kena rujuk hospital segera. Aku google pengalaman orang lain, ada yang loya macam loya orang mengandung tu. 


Hasil ujian sperma encik suami : Tahap motility sperma encik suami sedikit rendah. Aku dah bincang dengan encik suami, nak beri supplemen Speman produk Himalaya pada encik suami untuk 3-4 bulan, lepas tu test semula ujian sperma untuk tengok semula sekiranya ada perkembangan positif. Ada juga terbaca di blog Dr Zubaidi mengenai ubat supplemen ProXeed Plus yang boleh didapati secara dalam talian di FB Page To Be Parents. In shaa Allah, sedang riki harga di pasaran.

 Sumber Gambar : Google

Ujian semula sperma tu aku cadang nak buat di luar, bukan di GH Melaka lagi. Tak adil bagi encik suami mengeluarkan sampel sperma dalam tandas lelaki dalam keadaan sangat tak selesa. Tak apa la bermodalkan duit, asalkan encik suami selesa dan tak tertekan.

11 comments:

  1. Our hospitals masih lagi tak memberikan perhatian and keselesaan untuk kes TTC ni. Hopefully akan ada kesedaran nanti. Anyway, good luck ya yanie. Smg Allah permudahkan....Amin :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah masalahnyer Sweet, kami x de pilihan utk keluarkan sampel di rumah sebab faktor jarak ke hospital. Kt hospital pun toilet public, ramai keluar masuk...jadi hubby x boleh fokus. Takpe la, benda dh jadi, lupakan je la.In shaa Allah, kami berusaha lebih selepas ini.

      Delete
  2. Sy pun buat sample juga tapi di hospital putra.. pun dalam tandas walaupun bayar lagi mahal dari GH..sbb takde tmpat yg khas disediakan.. so jangan pegi Hospital Putra

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hospital Putra Melaka? Owh..baru tahu. 2nd sperm analysis suami saya 28 Jan 2014 ni buat di GH Melaka (lagi!). Nak tengok sama ada apa-apa progress lepas makan supplemen.

      Delete
  3. Oh ye..sy lupa lak nak tanya puan.. mcm mana dgn himalaya speman? Sy pun ada masalah rendah sperma motility.. ingat nak cuba juga ubat himalaya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Suami saya mmg ada makan supplemen Himalaya (Speman dan Kapikachhu) selama 6 bulan, tapi lepas tu stop terus. Sambung makan supplemen lain (Bio Magnesium Plus, 21st Century Selenium 200mcg, Abbott Surbex Zinc dan Blackmores Multivitamins & Minerals ). Cuma tak sempat buat sperm analysis lepas makan supplemen Himalaya untuk tgk kesan supplemen tu. Some doc tak galakkan makan herb product atas beberapa sebab, tapi depends pada pendapat doktor juga la.

      Delete
    2. Oh lama juga mkn ye..dah 6bulan.. em sy ada juga try blackmore multivitamin+minerals.. baru start arini ambil speman dgn multivitamin tu..saje nak try speman sbb google ubat sperm byk yg kluar himalaya speman.. tp taktau lah cmne kesannya..doktor specialist putra hospital yg sy jumpa mmg suggest cari suplemen..dia ada jual juga..tp harga dia rm950 untuk 3bulan punya suplemen..huhu jd sy cuba dulu yg himalaya..kalau tak menjadi..mungkin kena lah start untuk berhenti merokok..

      Delete
    3. Oh, smoking ke? Better reduce or stop terus la....try which ever yg awak rasa sesuai.
      Reason stop herb product sebab memang few months pertama akan boost sperm quantity and quality, tapi lepas tu akan drop drastically, worse case boleh jadi azoo. Some doctors tak nak sampai jadi macam tu, so minta stop terus makan herb based supplements.....

      Delete
  4. Oyeke..takpelah..sy pun cuba je dulu speman ni.. tgk lah camne keberkesanan speman.. em sy doakan awk dan suami semoga cepat pulih dan dimurahkan rezeki untuk menimang cahaya mata.. amin.. Insyallah ada rezeki kita nanti..cuma belum sampai masa Allah nak turunkan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih atas doa...inshaAllah, semoga ada rezeki untuk kita semua. Betul tu, mungkin Allah ada sebab kukuh tangguhkan rezeki yang satu ini, untuk perbaiki kesihatan kita semua....

      Delete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete

Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)