18 Mac 2013.
Jumpa buah avocado di Econsave semalam masa temankan adik beli makanan untuk anak buah aku.
Alang-alang dah jumpa, terus capai 3 biji.
Balik rumah, gigih cari resepi cara buat smoothie avocado dari blog rakan TTC dulu.
Alhamdulillah dia dah berjaya conceive sekarang dan sedang mengandung.
Bahan-bahan yang diperlukan pun mudah dicari.
Buah avocado, susu segar atau susu kambing dan madu asli atau boleh diganti dengan gula kurma.
In shaa Allah, ada kesempatan aku nak cuba buat lepas balik kerja ni.
Jay pun ada cakap, boleh ambil smoothie ni bila-bila masa, tak kisah la waktu subur ke, masa datang bulan ke.
hurrmmm... sue jarang btul buat smoothie ni.. tapi kalau buah2an msti cepat kenyang kan kalau dijadikan smoothie :)
ReplyDeleteSue : Disebabkan Yani mmg dah terbiasa buat shake Herbalife dekat 9bulan ni, smoothie avocado should be no problem utk consume kot...tapi nak kena tgk juga, ade efek tak pd proses nak turunkn berat badan mcm cuka epal dulu.
Delete:) gudluck..kalau amalkan hari2, nak buang air smua elok je lawas, lagi satu yg i noticed kan, CM kite pun watery je. hehehe! avocado ni support progesterone hormon, so kalau lining kite nipis, insyallah die dpt bantu utk support lining kot2 la kalau lekat, lining rahim kite lagi kuat :)
ReplyDeleteJay : As per mention before, penat kot asyik makan ubat hormon, perancang, dan pil turun darah dekat dua tahun...nasib baik came across articles dlm blog Jay, at least ada alternatif lain selain daripada consume drugs for such a long time.
DeleteKak, cuba je mixkan Susu Kambing (fresh yg kena perah dr kambing) + madu lebah asli. Insya-Allah boleh pregnant. Mcm penyanyi Ning Baizura tu, lama juga dia nikah tapi belum pregnant, dia tawakal minum susu kambing+madu alhamdulillah dgn izin Allah dah selamat pun dpt baby. Sama jg dgn fmly ipar si Kechik tu, adik kakak ipar dia nak sgt baby tp sbb bdn besar & ada mslh x period hampir setahun, bila dia amalkan minum susu kambing+madu pun alhamdulillah dah selamat pun dpt baby boy, da genap setahun pun budak tu (kahwin da dekat 3 tahun) :)
ReplyDeleteLeah : in shaa Allah Leah, terima kasih beri tips tu. Memang akak dalam usaha untuk hamil. Sedang cari cara lain selain daripada bergantung harap pada ubat hospital. :)
Deletenak cuba jugak laaaaaaaaaaaaaa ;))
ReplyDeleteIeda : Sila sila.....kalau ade resepi best untuk jadikan smoothie avocado ni lebih menarik, jangan lupa share kat blog Ieda tau!
DeleteGood luck dear, i pun follow jay gak avocado n susu kmbing..alhamdulillah after 2 mnths conceive... Saye blendkan avocado tu ngan vitagen jek sbb xlalu nk mnum avocado jek
ReplyDeleteIeza: thanks ye dropby kat entry Yani ni dan kongsikan resepi smoothie avocado + vitagen tu. Dengar pengalaman Ieza sendiri, Yani rasa teruja nak teruskan usaha ni. Cuma nak tanya, Ieza amalkan smoothie ni setiap hari ke?
Delete