Sumber Gambar : Posting Maria Kang di FB
Realitinya, aku terkilan sebab banyak masa aku selepas waktu kerja, aku tak boleh beri komitmen untuk beriadah dan bersukan. Lemau selemau-lemaunya. Bila lalu di tepi perkarangan Stadium Hang Jebat, ternampak ramai orang berjogging sekitar jam 6.00 - 7.00 petang, hati meronta-ronta nak buat perkara yang sama. Aku buat keputusan, nak sediakan awal-awal pakaian sukan, kasut sukan dalam kereta, jadi bila-bila aku berkesempatan, aku nak berjogging di taman rekreasi atau perkarangan Stadium Hang Jebat paling tidak setengah jam, biar keluar peluh.
Kena kuatkan semangat, sasaran aku untuk dapatkan penurunan berat badan sebelum temujanji dengan doktor OnG GH Melaka pada bulan April ini. Sekurang-kurangnya untuk kebaikan aku sendiri dalam perjalanan TTC aku.
Gambar pagi semalam, ada kawan FB yang kata dah nampak susut. Alhamdulillah! Pagi semalam pun masa bersalam dengan mak sebelum ke pejabat, mak tegur, dah nampak susut badan, semua baju lama dah boleh pakai balik, dan juga longgar.
teruskn yani.. go go
ReplyDeleteIeda,
DeleteIn shaa Allah...doa2kan untuk Yani ye....
salam kenal. tgh ttc yer.. insyaallah ada rezeki nnt.
ReplyDeletesaya pun dulu ttc jugak.
Ameris :
DeleteSalam kenal kak....in shaa Allah, doakan ye untuk Yani dan kawan-kawan lain. ;)
Memang ada beza muka kakak. Hihi... ;)
ReplyDeleteHaah Leah...ramai tegur muka dah shaping. Alhamdulillah! Tang perut, peha dan lengan atas masih kena banyak improve lagi.
DeleteAssalamualaikum :)
ReplyDeleteSemoga dipermudahkan urusan Yani :) Mmg nmpk beza gmbr kahwin di atas dgn gmbr skrg tu
Nisa Dahri...terima kasih. In shaa Allah, usaha tak pernah padam. Salam perkenalan ye!
Delete