Pagi tadi ke Hospital Besar Melaka dengan encik suami, kebetulan dia off day hari ni, jadi berteman la ke sana. Temujanji jam 9.00 pagi, faham-faham je la duduk jauh dari bandar Melaka, kena gerak awal. Jam 8.20pagi dah terpacak di tempat parkir bertingkat Hospital Besar Melaka.
Sampai je di kaunter, nurse bagi no giliran dan suruh masuk bilik 11 untuk ambil bacaan berat badan dan tekanan darah. Part yang paling aku seram sejuk. Kalau rujuk gambar kat atas tu, nasib baik aku snap dan simpan dalam HP, berat aku masa bulan Jun lepas memang yang tertinggi dalam sejarah, iaitu 80.6kg. Sampai doktor tegur, setiap kali jumpa makin naik. Bukan tak turun, tapi berat badan aku macam yo-yo, turun sedikit, naik kemain mencanak. Memang memula nak salahkan ubat hormon yang doktor bekalkan tu, tapi macam biasalah, bila tanya doktor, mestilah doktor kata tidak. Paling tidak pun doktor akan kata tu imaginasi atau mentaliti yang kita cipta sendiri, tak ada kaitan dengan ubat tu. So, salahnya jatuh pada aku la, tak kawal makan dan tak bersenam. Ok, tu aku mengaku.
Balik pada cerita ambil bacaan berat badan tadi, aku terkumat kamit berdoa, janganlah bacaan berat aku naik lagi. Sebab Jumaat lepas, aku timbang menggunakan mesin penimbang Herbalife kawan aku, berat sebelum period (water retention period) adalah 76.8kg. Memandangkan hari ni hari ke-lima period, aku berharap sangat berat aku menurun berbanding minggu lepas. Bila naik atas mesin penimbang tu, aku tutup mata rapat-rapat takut. Bila mesin tu berbunyi, aku buka mata.....macam nak melompat!! Berat aku dah turun kepada 75.7kg. Alhamdulillah....Hampir 5.0kg turun sejak aku makan Herbalife. Mungkin penurunan aku tak banyak berbanding orang lain, tapi pada aku tu dah trigger keinginan aku untuk terus amalkan Herbalife.
Bacaan berat badan aku sejak buat rawatan di Hospital Besar Melaka. Yang no. 1 tu bacaan mula-mula rujuk ke Hospital Besar Melaka, awal tahun 2011. No. 6 yang terkini, hari ini. Perasan tak, berat aku naik, lepas tu turun. Naikkkk balik, pastu turun...harap-harap tak akan jumpa angka 80kg ++ lagi lepas ni kecualilah time mengandung nanti (insyaAllah!)
Dekat setengah jam lepas tu, baru nombor giliran aku dipanggil. Kali ni dapat doktor lain tapi agak peramah juga macam doktor sebelum ni. Biasa lah hospital kerajaan, tak boleh nak request doktor yang sama rawat kita sebelum ni. Kan selalu bertukar-tukar. Kalau bernasib baik, dapat lah jumpa balik, senang sikit nak buat rawatan sebab doktor tu dah pernah tahu sejarah perubatan kita, kan?
Doktor Kavita Muraj tu tanya pasal perkembangan kesihatan aku dengan panjang lebar. Apa kesan ubat, macam mana aliran period aku lepas makan ubat. Masa tu la aku tanya pada Dr Kavita Muraj tu, ubat yang aku makan selama 4 kitaran ni ubat pil perancang ke? Lepas tu dia jawap ye....jadi, segala persoalan yang bermian dalam fikiran aku selama ini dah terjawap! Barulah aku faham kenapa tak lekat apa-apa dalam 4 bulan ni sedangkan period aku dah nampak cantik teratur. Doktor terangkan, memang tak akan mengandung dalam tempoh itu, sebab tujuan utama rawatan aku untuk betulkan kitaran period aku, kemudian baru fokus pada isu kehamilan.
Doktor semak bacaan berat badan aku, dia kata dah turun hampir 5.0kg dan suruh kekalkan penurunan tu. Dia cadangkan tangguh dulu sambung makan ubat sedia ada, untuk tengok sama ada period aku akan datang dengan semulajadi atau masih perlukan bantuan ubat hormon. Kalau berat badan turun, kebarangkalian masalah period aku boleh diselesaikan adalah besar. Doktor cuma beri tarikh untuk temujanji seterusnya iaitu dua bulan dari hari ini. Tapi sebelum tu, dia suruh aku baring dan buat pemeriksaan pada perut/rahim aku, macam biasa, kena londehkan kain dan doktor akan tekan disekitar perut untuk tengok kalau ada apa-apa benjolan. Lepas tu, kena ke bilik hadapan untuk scan rahim. Doktor yang buat scan rahim tu kata rahim aku cantik, tak ada masalah dan tiada benjolan-benjolan cyst di dinding rahim.
Aku bawa result scan rahim pada Dr Kavita semula, dia tengok dan komen hasil scan tak menunjukkan apa-apa masalah. Dinding rahim pun nampak ok. Lepas tu, aku bawa dokumen kesihatan aku ke kaunter untuk dapatkan tarikh rawatan seterusnya. Nurse beri aku tarikh 7 Disember 2012. Masa tunggu nurse panggil tu, aku beritahu pada encik suami apa yang doktor cakap kat dalam tadi, pasal pil perancang tu, dan pasal doktor tangguhkan makan pil tu. Encik suami bisik kat telinga, lepas ni bolehlah ber-baby dancing dua bulan sungguh-sungguh....alahai suami aku ni ~
No comments:
Post a Comment
Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)