12 October 2012

Kita Saling Melengkapi

Sumber Gambar: Facebook

Waktu rehat tengahari tadi makan tengahari dengan suami di tempat kerjanya. Sebenarnya, jauh jugalah perjalanan dari tempat kerja kami berdua, tapi demi menghabiskan masa kualiti bersama kami yang agak terhad, redah jugalah kesesakan lalulintas di bandar Melaka ni.

Dah sampai di tempat kerja suami, hati dah berbunga-bunga. Seronok nak jumpa suami, nak makan bersama-sama. Rasa best sangat perasaan macam tu. Teringat zaman bercinta dulu-dulu; zaman semasa di Matriks. Kalau diingatkan semula, bulan adalah salah satu elemen romantik dalam percintaan kami. Mana tidaknya, seorang berada di Pulau Pinang, seorang pula di Kuala Lumpur. Bercinta jarak jauh, hanya telefon penghubung antara kami berdua. Selalunya masa-masa bergayut di telefon tak kira la telefon awam atau telefon bimbit adalah waktu malam kami. 

Masa tu, tiap kali kami nak berbual, kami akan pandang dan renung bulan. Sebab bulan itu sahaja yang kami berkongsi lihat di waktu itu. Dia di Kuala Lumpur nampak bulan yang sama aku lihat di Pulau Pinang. Ok, memang nampak jiwang gila, tapi itulah kisah kami dahulu. Adakalanya aku terpaksa bergegas berlari turun ke aras bawah asrama Matrik untuk cari bulan. Kelakar kan? Ada satu ketika tu, aku meloncat turun dari katil bila jawap panggilan suami, sedangkan waktu tu aku tengah mamai-mamai tidur...semata-mata nak renung bulan, sampai kawan-kawan satu bilik terkejut. Hahahaha.....

Ok, berbalik pada cerita aku tengahari tadi....
Entah lah....hari ni mood aku asyik nak bermanja dengan suami je. Dapat makan dengan suami di Chicken Rice Shop, Mahkota Parade tadi memang lovey dovey betul la. Dapat luang masa pun takdelah lama mana pun, tak sampai sejam. Lepas makan, suami terpaksa sambung kerja semula. Dia hantar aku ke kereta di tempat parkir kereta, salam cium dan aku terus memandu balik. Tak sampai 10 minit, masa di traffic light, aku sms dia....dah rindu balik. Alahai.....dia pun balas, rindu juga. Herm......harap-harap perasaan rindu merindu kami suami isteri kekal begini hingga akhir hayat kami berdua. Amin, Ya Allah......

No comments:

Post a Comment

Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)