08 August 2012

Tanggal Alat Elektrik Ketika Petir

 
KUALA LUMPUR: Apa saja alatan elektrik baik televisyen, penghawa dingin malah pengecas telefon bimbit sekalipun seharusnya ditutup serta ditanggalkan dari soket ketika cuaca tidak elok terutama hujan lebat dan petir.

Pengarah Komunikasi Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca), Mohd Yusof Abd Rahman, berkata, peringatan mengenai bahaya penggunaan alatan elektrik ketika cuaca buruk sejak sekian lama diuar-uarkan menerusi media massa, namun segelintir masyarakat seolah-olah tidak mengendahkannya.

Menurutnya, tidak kira sama ada menggunakannya atau tidak, ketika petir khususnya, plug peralatan elektrik tidak patut dibiarkan terpasang di soket bagi mengelak kejadian tidak diingini berlaku.

Sumber Artikel : HMetro

Peringatan untuk diri sendiri juga. Seminggu dua ni rasanya ada keluar berita pasal kemalangan jiwa melibatkan peralatan telekomunikasi disambar petir ketika sedang dicas, minta dijauhkanlah dari kita semua.

Kealpaan kita tentang benda-benda ni (mungkin di anggap remeh), kadang-kadang mengundang perasaan menyesal tak sudah bila kehilangan nyawa orang tersayang.

1 comment:

Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)