02 August 2011

Hong Leong Bank + EON = Hong Leong Bank


Patutlah masa aku gi bayar duit kereta kat mesin deposit tunai di cawangan eon bank batu berendam, aku rasa pelik bila tengok kain rentang macam kat gambar atas tu tergantung. Aik, bila masa pula eon bank bertukar jadi hong leong bank ni? Risau plak duit bayaran bulanan kereta bermasalah nanti. Mesin deposit tunai tu pun dah bertukar logo kepada logo hong leong bank.....

Hari ni aku google, baru aku tahu yang ada penggabungan bank-bank di Malaysia beberapa bulan ni.


HONG Leong Bank Bhd (HLBB) sudah menyelesaikan pengambilalihan aset dan liabiliti EON Capital (EONCap) dalam urus niaga bernilai RM5 bilion, sekali gus meningkatkan kedudukan institusi itu sebagai kumpulan perbankan keempat terbesar di Malaysia dengan jumlah asetnya yang kini mencecah RM140 bilion.
Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Eksekutifnya, Yvonne Chia, berkata susulan daripada urus niaga berkenaan, anak syarikat EONCap iaitu EON Bank Bhd, EONCAP Islamic Bank Bhd dan MIMB Investment Bank Bhd kini sebahagian daripada kumpulan Hong Leong Bank.
“Penggabungan itu berkisar kepada penciptaan nilai kepada pemegang kepentingan. “Ia mewujudkan kumpulan perbankan yang lebih kukuh dengan saiz aset melebihi RM140 bilion selaras dengan visi dan matlamat Pelan Induk Sektor Kewangan Bank Negara Malaysia.

2 comments:

  1. salam,so mmg xdak masalah jika kt byr duit keta guna mesin kan?mmg resit pun dah tukar hong leong..dh byr pun.mmg no akaun kt.hrp2 xdak masalah.

    ReplyDelete
  2. yup, tak ada masalah. benda ni urusan bank-dengan bank je, kita ni as pengguna jee yang tak alert dan jarang baca ruangan bisnes dalam newspaper.

    saya pun lepas rujuk newspaper baru faham pasal merging antara bank di malaysia ni.....

    ReplyDelete

Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)