Kadang-kadang bila berurusniaga kat kedai, mesti terselit sehelai dua duit kertas yang dah tak cukup sifat atau rosak yang diberikan oleh peniaga. Ambil jer duit terus masukkan dalam wallet. Dah sampai rumah baru perasan duit tu cacat kualiti dia. Adess....
Nak gunakan balik, tak sampai hati. Kadang-kadang ada gak kedai yang memilih bila nak terima duit kertas ni. Kalau selit-selit pun, bila cashier cek (biasanyer kedai besar-besar), cashier akan pulangkan balik duit tu dan minta tukar lain. Sudahnya, duit tu akan terperuk lama dalam wallet entah bila nak guna. Kalau kumpul-kumpul mahu juga dekat rm50 duit kertas yang cacat dalam simpanan.
Bila google dalam internet, jumpa cara macam mana nak tukar balik duit-duit kertas yang rosak dengan yang baru di Bank Negara Malaysia. Ada blog yang siap ajar cara atau prosedur untuk menukar duit rosak di Bank Negara, jadi tak de la sia-sia je duit tu terperuk dalam wallet lama-lama, malah boleh ditukarganti.
Mata wang Malaysia yang cacat boleh ditukar di enam cawangan Bank Negara Malaysia(BNM), iaitu, BNM Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Johor Bahru, Kuala Terengganu, Kota Kinabalu dan Kuching.
Tapi apa yang pasti, lepas ni memang akan lebih berhati-hati bila terima duit dari peniaga. Tak pasal-pasal rugi sebab dapat duit yang dah rosak dan terkoyak.
kat BNM2 yg disebutkn je ke? kat lain2 xleh?
ReplyDelete