23 December 2010

Masak dan Filem Tipu Kanan Tipu Kiri


Bermulanya demam 'gila-nak-memasak'.
Habis semua blog-blog otai memasak aku dah jelajahi. Ternampak je resepi yang menarik, aku dah berkira-kira nak mencari bahan untuk mencuba resepi tu. Gara-gara nak memikat selera dan perut suami, aku turutkan juga la.

Nasib baik mak ada lagi, adalah tempat nak berguru bab-bab memasak ni.
Mak kata, 'Memasak ni kena selalu-selalu, baru pandai!'Kalau baru sekali dua cuba, memang la banyak kekurangannya. Adalah satu dua resepi yang aku ulang buat, baru dapat kesan apa bahan yang perlu ditambah atau dikurang untuk sedapkan rasa masakan. Alhamdulillah, suami yang selalu jadi food tester komen sedap.



Minggu lepas ada cuba masak lauk daging masak lemak cili padi dengan kentang. Tu pun berguru dengan mak juga. Aku sediakan bahan, mak sebut...aku masukkan dalam periuk. Sambil kacau lauk, mak pesan macam-macam. Tambah sayur campur goreng cendawan dalam hidangan, bertambah juga mak makan...hurm!


Malam ni rasa nak masak asam pedas ikan pari, sebab suami cakap ikan pari ikan kegemaran dia. Sayur pula, aku cadang nak buat sayur bayam masak air, kebetulan tu sayur kegemaran aku dan suami. Sayur lain suami aku tak makan sangat, cerewet! Jadi, pukul satu masa rehat tadi, aku berkejar-kejar ke Mydin membeli bahan mentah seperti ikan pari dan daun kesum. Lawak la bile diingat balik cerita aku mencari daun kesum kat Mydin tadi...huhu.

Aku dok tolak troli cari papan yang tulis 'daun kesum', pusing-pusing tak jumpa juga...nampak satu daun ni, macam daun kesum tapi dia tulis 'laksa leaf', isk...aku ingatkan bukan daun tu, jadi pusing lagi. Masuk kali ketiga, jenuh aku terjengah-jengah kat bahagian sayur tu, aku pergi semula kat bahagian 'laksa leaf' tu, aku ambil pastu hidu-hidu daun tu. Bau sama macam daun kesum yang mak aku selalu masukkan dalam lauk. Tawakal jer la...aku terus ambil dan bayar di kaunter.

Balik ke pejabat, aku google gambar 'daum kesum'....lor, wikipedia siap tulis daum kesum dalam bahasa Inggeris disebut 'laksa leaf'. Sib baik..haha...nampak sangat tak pandai masak, daun kesum pun tak kenal....


Beberapa hari lepas aku ada ambil filem 'Tipu Kanan, Tipu Kiri' dari komputer kawan. Sebenarnya filem ni dah keluar lama (kalau tak silap tahun 2008), tapi baru sekarang aku terbuka hati nak tonton. Layan filem ni before tidur, tak sangka lagu-lagu dalam filem tu melekat dalam otak sampai sekarang.

Pada aku, pelakon-pelakon dia aku tak de la minat sangat tapi lagu-lagu dalam filem tu catchy bila dengar berulang-ulang kali. Sampai aku cari lagu ost "Tipu Kanan, Tipu Kiri" seperti 'Tipu Kanan, Tipu Kiri' dan 'Lihat Matamu' nyanyian Titi Kamal dan Natasha Hudson di internet. Dan sekarang dah jadi halwa telinga aku setiap detik semasa bekerja...hilang tensen bila dengar lagu-lagu ini, hehe.

No comments:

Post a Comment

Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)