Genap sebulan bergelar isteri yang sah kepada Yein Tezrie Tamrin.
Cepatnya masa berlalu.
Tapi sijil nikah belum diambil dari Pejabat Agama. Heheheh......
Bila belek-belek kalendar, hitung-hitung hari...rupanya baru 16 hari dapat merasa hidup bersama dengan suami. Baki? Seorang di Seremban, seorang di Melaka. Sunyi, ok?!
Bila suami balik ke Melaka, aku gembira sangat.
Bila ikut suami balik ke Seremban, pun aku suka.
Tapi bila sampai masa aku balik ke Melaka balik, hati aku jadi sedih sangat.
Tak sempat nak bermanja dengan suami, dah kena balik rumah Melaka.
Nak balik Melaka hari Ahad, hari Sabtu aku dah rasa sedih...tahu-tahu dah meleleh airmata.
Dah la balik drive sorang-sorang.
Betullah orang kata, bila dah bersuami, hidup kita akan berubah 360 darjah.
Apa sahaja yang kita buat, kita akan utamakan suami dulu.
No comments:
Post a Comment
Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)