Buku pertama : Asam Garam Gula & Kopi
Tajuk : Asam Garam Gula & Kopi
Pengarang : Abdul Jalil Ali
Penerbit : Alaf 21 Sdn Bhd
ISBN : 983-124-185-1Mukasurat : 320 Halaman
Pengarang : Abdul Jalil Ali
Penerbit : Alaf 21 Sdn Bhd
ISBN : 983-124-185-1Mukasurat : 320 Halaman
Setiap perkara yang kita lakukan dalam kehidupan ini bermula dari angka sifar. Begitu juga ibaratnya sebuah perkahwinan. Bertatih dari tingkat pertama hinggalah berjaya membina sebuah rumah tangga yang aman dan bahagia.
Buku Asam Garam Kopi & Gula ini merupakan kompilasi pelbagai cerita dari majalah Pesona Pengantin dan Majalah Seri Dewi & Keluarga tentang gelagat lelaki dan wanita sebelum dan selepas menempuh alam perkahwinan.
Pelbagai kisah dan karenah yang melucukan dipaparkan dari pandangan mata pena penulis. Setiap artikel cukup menarik kerana ia ditulis dengan gaya yang santai dan bahasa yang humor. Namun, di sebalik ketawa dan senyuman, ia sebenarnya mengandungi mesej teladan dan sempadan terutama bagi mereka yang akan melangsungkan perkahwinan.
Buku kedua : Teh Tarik Kurang Manis
Buku ketiga : Kopi O Tanpa Gula
Dua buah lagi buku penulis ini yang bakal dibeli, insyaAllah! Seronok membaca buku tulisan beliau. Bak kata penulis blog lain yang telah membacanya....tulisannya menghiburkan hati orang yang membaca, tetapi banyak maksud tersirat yang kadangkala membuatkan kita tersenyum malu malah tersindir tanpa berkecil hati....cukup membantu bagi pasangan yang baru dan telah melayari bahtera perkahwinan seperti aku.
No comments:
Post a Comment
Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)