20 July 2010

101 hari lagi

Tak sampai 3 bulan lagi aku bakal berubah status kehidupan, dari solo kepada berpasangan. Persediaan perkahwinan sudah 70% siap. Cuma benda yang perlu dibeli pada saat-saat akhir je masih berbaki.

Menginjak kurang 101 hari lagi bergelar isteri orang, aku merasakan satu perasaan yang aneh. Macam memberontak dalam diam, rasa tak bersedia. Mood berubah-rubah sekelip mata. Masih ada perkara yang aku rasa perlu dirungkai sebelum betul-betul aku curahkan komitmen aku pada kehidupan berkeluarga kelak.

Malam tadi aku dapat perkhabaran gembira. Tapi aku belum boleh betul-betul tarik nafas lega selagi tunang aku belum dapat keputusan muktamad dari company dia. Ada ura-ura dia akan ditukarkan ke cawangan baru company dia di Melaka dalam sebulan dua ni. Cik Abang hantar mesej malam tadi tanya pendapat aku, sama ada aku suka tak kalau dia ditukarkan ke Melaka? Mahunyer tak?! Itulah yang selama ini aku tunggu-tunggu, berada dekat dengan dia terutamanya selepas kahwin nanti. Tak sanggup la berjauhan lama-lama dengan dia. Dah la selama ni kami berjauhan, sorang di KL, sorung di Melaka....

Kebelakangan ni, aku selalu sms dan tanya dia soalan " Abg sayang ida tak?", walaupun aku tahu apa jawapan yang bakal keluar dari mulut dia...aku tak jemu nak dengarnya berulang-ulang kali. Semacam ada perasaan tenang dan keyakinan bila dia beri jawapan.

1 comment:

  1. ida....good luck!

    I totally know that feeling. Its a major step in your life. Bukan boleh dipandang enteng ya..Hope ur wedding will be cherished forever sista!

    ReplyDelete

Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)