Sukan perahu layar pula akan bermula pada 13 sehingga 18 Jun 2010, dan bertempat di Pusat Sukan Air, Pengkalan Balak, Melaka. Nampaknya aku bakal berkampung di sana selama hampir seminggu dengan seorang lagi petugas ICT dari jabatan kerajaan Negeri Melaka.
Sekarang ni pun waktu bekerja aku, aku akan berada di stadium Hang Jebat untuk menjalani latihan petugas ICT bagi mempelajari sistem MS2 yang akan digunakan semasa SUKMA. Sebenarnya, semenjak awal bulan Januari lalu kami semua petugas ICT sering berulang alik dari pejabat ke Stadium Hang Jebat yang jaraknya 14km setiap hari Selasa. Cumanya, mulai bulan Jun, kami telah diarahkan bertugas sepenuh masa di stadium dan di lokasi-lokasi pertandingan di seluruh negeri Melaka ini.
Acara perahu layar ni memberi kelebihan kepada aku sebab lokasinya berdekatan dengan rumah. Berkemungkinan besar, aku akan berulang alik dari rumah ke Pusat Sukan Air tersebut setiap hari walaupun vendor projek telah menjanjikan sebuah hostel kepada kami sepanjang acara tersebut.
semoga menjadi tuan rumah yg berjaya.. ehehe
ReplyDelete