28 July 2010

Kegembiraan Berganda

Dah lama tunggu berita-berita gembira macam ni. Hari ni aku dapat bukan satu, tapi dua berita gembira serentak. Pertama, sijil kursus induksi umum sampai juga di meja pejabat ni, alhamdulillah...lulus juga akhirnya. Penantian selama hampir empat bulan lebih, setiap kali chat dengan kawan-kawan yang sama kursus di INTURA, masing-masing dok bertanya soalan yang sama..bila nak dapat keputusan? Dan akhirnya dapat juga apa yang dinanti-nantikan selama ini.

Hari ni juga dapat surat keputusan pergerakan gaji tahun 2010 dari pihak pentadbiran di atas. Kalau nak ikutkan, back dated juga la gaji ni, sepatutnya pergerakan gaji bermula pada bulan Jan/Feb yang lalu, tapi macam biasalah...kena tunggu mesyuarat panel pembangunan sumber manusia bersidang dulu, baru boleh dapat keputusannya. Apa-apa pun alhamdulillah la....harap-harap gaji backdated tu boleh digunakan untuk persiapan perkahwinan aku tak lama lagi. Banyak lagi yang nak kena beli dan sediakan dalam jumlah yang banyak.

Semalam semasa memandu balik dari kerja, sempat juga terkenang balik perjalanan hidup aku selama beberapa tahun ni. Bermula dari kerani syarikat logistik sehingga menjadi seorang penjawat awam ni, macam-macam pengalaman hidup yang aku dah timba. Ada pahit, ada manisnya. Tapi aku sedar, semua ini aku tak akan berjaya harungi kalau bukan atas doa dan bantuan bonda tersayang. Sapa lagi nak doakan kejayaan aku dunia dan akhirat (insyaAllah) kalau bukan bonda? Aku berdoa sangat-sangat Allah panjangkan umur bonda untuk terus bantu aku menghadapi perjalanan hidup dan mendoakan kejayaan kami adik beradik.

Biarlah aku bermanja puas-puas dengan bonda sebelum bonda semakin hilang upaya diri dimamah usia. Alangkah terkilannya kalau bonda dah makin tua, ingatan makin kurang, dan dah mula tak kenal anak-anak? Saat tu, mungkin bonda dah tak ingat kenangan bersama-sama anak, nama-nama anak pun dah tak ingat lagi....tak kan nak salahkan bonda pula? Ya Allah, minta dijauhkanlah semua itu....

No comments:

Post a Comment

Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)