15 March 2024

Kisah Ramadan 2024

15 Mac 2024.

Fuh! Cipta sejarah bila setahun lebih tak jenguk dan update tentang kisah hidup sejak November 2022. Tahun 2023 berlalu pergi tanpa satu pun coretan hidup. Takpe la, nak buat karangan panjang-panjang dah rasa tak relevan, jadi aku ringkaskan cerita tahun 2023 kami sekeluarga.

2023, anak tunggal kami dah berusia 5 tahun dan kami masukkan ke tadika swasta Little Caliph di taman perumahan kami. Kenapa tidak pada usia 4 tahun? Sebab kami rasa dia belum cukup berdikari dan masih belum lulus potty/ toilet-train. Tapi dalam masa yang sama kesian juga la kat dia sebab belum bersosial bercampur gaul dengan kawan-kawan sebaya. Ni la antara efek buruk pasca Covid 19, perkembangan anak-anak tersekat sebab lebih banyak masa di rumah, kurang berjumpa dengan orang lain selain keluarga sendiri. Beberapa minggu sebelum usia 5 tahun, barulah betul-betul pampers free dan dah pandai ke tandas, jadi legalah sikit hati nak lepaskan dia ke tadika.

Tahun ni, alhamdulillah dah nak masuk 6 tahun (kurang sebulan lagi), dah tahun kedua di Little Caliph, syukur dah banyak perkembangan baik dari segi skil berkomunikasi dan bersosial anak bujang kami. Jenis mudah berkawan, walaupun sekali sekala masih keluar bahasa aliennya. Hehehe~

Pejam celik, pejam celik, tahun depan anak tunggal kami dah nak masuk Tahun 1 sekolah rendah. InshaAllah bulan Mei ni, pendaftaran kemasukan Tahun 1 akan dibuka dalam Sistem Pengurusan Identiti (IdMe) KPM, kena pantas-pantas buat permohonan ke lokasi sekolah rendah terdekat dengan kawasan perumahan kami. Papanyalah nanti yang akan menguruskan hantar dan ambil anak ke sekolah, jadi kalau boleh biarlah dekat dengan rumah sekolahnya nanti.  

Kisah Ramadhan 2024?
Masih kekal memasak di rumah walaupun selesa dengan satu menu lauk sahaja sehari, selang dua minggu puasa akan cuba balik ke Seremban berbuka dengan keluarga mertua. Oh ye, alhamdulillah anak bujang kami sedang berlatih berpuasa walaupun tak penuh sehingga waktu maghrib. Syukur dapat juga dia berpuasa sehingga jam 3.00 petang, cuma di sekolah kecundang awal bila tengok kawan-kawan makan depan mata..heheh...takpe la, belum wajib pun untuk dia berpuasa. Tak meragam sepanjang hari  berpuasa dah besar rahmat kan? Sahur pun dia bangun, Mama dia la kena pujuk baik-baik suruh makan dan suapkan makanan ke dia. 

Oklah, inshaAllah ada rezeki kita cerita perkembangan hidup di sini lagi ya....Assalamualaikum, Selamat berpuasa dan Selamat Hari Raya (in advance ....heheh)!!

29 November 2022

Akhirnya, Period Juga Tahun 2022

29 November 2022.

Post ni sebenarnya post throwback sebab minggu kejadian adalah minggu yang tersangat sibuk dengan macam-macam perkara termasuklah aku bertugas semasa PRU15. Hari terakhir makan ubat Provera jatuh pada 9 November 2022, dua hari selepas tu, 11 November 2022 jam 4.00 pagi period pun hadir. Dari tengah malam rasa perut tak sedap, rasa cramp-cramp kat ari-ari dan rasa sangat bloated.

Alhamdulillah, period keluar dengan lancar sepanjang 7 hari (9 November - 17 November 2022), elok bersih sehari sebelum aku bertugas sebagai kerani tempat mengundi/ mengira undi. 22 November ada temujanji di KK Sg Udang, aku saja tanya doktor kalau boleh minta stok Provera untuk standby jika tak period lagi next cycle. Doktor tak benarkan ambil stok standby, tapi doktor cadangkan by the time rasa period cycle dah nak hampir atau rasa lama period tak keluar, boleh walk in ke KK dan minta dari doktor. Aku pun OK je la. 


09 November 2022

Percubaan Untuk Kitaran Period Tahun 2022


9 November 2022.

Last suntikan perancang pada Mac 2020, dan temujanji terakhir dengan KKIA pada Jun 2020. Sampai sekarang bulan November 2022 aku tak pernah mengalami period. Jadinya, disebabkan dah lama sangat tak period, 26 Oktober lepas semasa temujanji anak untuk umur 4 tahun 6 bulan, cakap dengan doktor nak minta ubat turun period.

Nasib baik doktor OK je, jadi doktor prescribe Provera 5mg 1 biji sehari untuk 1 kitaran period dahulu. Aku start makan ubat Provera pada 31 Oktober 2022 dan pil terakhir aku makan pada hari ini 9 November 2022 (10 hari). Hari ni start dari tengahari masa aku menghadiri mesyuarat perolehan sebut harga aku dah terasa kepala berbayang macam berpusing, tekak dah mula rasa mual-mual loya. Simptom yang sama macam sebelum period dulu-dulu. Semoga period akan datang sehari dua lagi, terasa rindu pula nak rasa pengalaman period. Huhuhu.