31 March 2022

Mee Kari : Percubaan Pertama Sebelum Ramadan 2022


Bahan2nya:

.🍜 AIR untuk mencelur

.🍜 1 ikat SAWI 

.🍜 1 pek MEE KUNING 

.🍜 MINYAK MASAK

.🍜 2 sudu besar BAWANG BESAR KISAR

.🍜 1 sudu besar BAWANG PUTIH KISAR

.🍜 1/2 sudu besar HALIA KISAR

.🍜 1/2 sudu besar SERAI KISAR

.🍜 1/2 genggam IKAN BILIS  (ditumbuk)

.🍜 2 sudu besar CILI KERING 

.🍜 1 pek kecil SERBUK KARI DAGING (dicampur dengan sedikit AIR)

.🍜 1/2 pek sebelah AYAM  (potong kecil)

.🍜1 jug / 7 gelas AIR

.🍜1/2 kotak kecil SANTAN KARA 

.🍜 8 ketul TOFU KERING

.🍜 5 ketul FISH CAKE 

.🍜10 ketul FISH BALL 

.🍜 1/2 pek ISI KERANG FROZEN 

.🍜 2 biji CILI MERAH 

.🍜 1 tangkai DAUN SUP 

.🍜6 biji LIMAU NIPIS 

.🍜 sedikit BAWANG GORENG

.🍜 sedikit TAUGEH

.🍜 sedikit GARAM, GULA & PERASA mengikut keperluan


Sejak-sejak di FB ni dilengkapi dengan fungsi reel tiktok/ IG ni, kadang-kadang layan juga tengok mana content yang sesuai, mana yang bagus kita ambil manfaat, mana yang tak elok, swipe ke tepi je la gamaknya. Hari tu ada ternampak orang share tiktok pasal menu mee kari acik kantin, tengok bahan dan cara masak macam mudah je, so terus cari bahan basah di Family Store.

Cara Memasak :
1) Celurkan seketika sawi, bila dah layu, angkat dan ketepikan.
2) Celurkan seketika mee kuning. Bila dah mula lembut, angkat dan ketepikan.
3) Tumiskan rempah empat sekawan dan daun kari sehingga naik bau.
4) Masukkan bawang besar kisar, bawang putih kisar, halia kisar, serai kisar dan ikan bilis tumbuk. Kacau sebati.
5) Masukkan cili kering kisar. Kacau sebati sehingga cili masak sempurna.
6) Masukkan serbuk kari yang dicampur dengan sedikit air. Kacau sebati.
7) Masukkan ayam yang dipotong kecil. Kacau sebati.
8) Masukkan air. Sesekali kacau sehingga ayam masak.
9) Masukkan santan Kara. Kacau sebati.
10) Masukkan tofu kering, fish cake dan fish ball. Kacau sebati.
11) Masukkan isi kerang frozen. Kacau sebati.
12)Adjust rasa masin, manis dan kepekatan kuahnya mengikut citarasa masing-masing.
13) Hidangkan bersama sawi dan mee kuning yang telah dicelurkan tadi, hirisan cili merah, limau nipis, daun sup, taugeh dan bawang goreng.



1 comment:

Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)