23 Ogos 2021.
Lebih lapan bulan tak kemaskini blog peribadi ni. Phew, berhabuk-habuk! Heheh...
Takpe, kita post entri pasal masak-masak untuk permulaan entri bagi tahun 2021 ni ye?
Gulai Petai Kikis Ikan Bilis
Bahan-bahan:
4-5 papan petai
1 inci kunyit hidup
15-20 tangkai cili api
Segenggam ikan bilis
1 kotak santan
Secubit garam/ cukup rasa
1 keping asam gelugur
Cara Memasak:
1) Mula-mula kikis petai dan rebus. Blend atau tumbuk bahan-bahan seperti kunyit hidup, cili api.
2) Masukkan bahan tumbuk dan petai yang telah direbus di dalam periuk, tambahkan ikan bilis dan santan.
3) Masak dengan api sederhana besar, sentiasa kacau untuk elakkan pecah minyak. Kemudian masukkan asam keping dan garam.
4) Bila kuah dah pekat sedikit, dah boleh matikan api. Boleh hidang!
No comments:
Post a Comment
Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)