06 April 2020

Selamat Ulangtahun Ke-2 Anak Mama!

6 April 2020.

Alhamdulillah, genap usia anak kesayangan kami suami isteri 2 tahun hari ini. Sambutan sederhana dalam rumah sahaja di waktu PKP ni sedang berjalan. Masuk minggu ketiga PKP ni, makin melekat anak bujang seorang ni dengan Mama dia sebab 24 jam depan mata, hihihi...sebelum PKP, dah siap-siap rancang nak ambil cuti hari ini 6 April 2020 semata-mata nak luangkan masa dengan anak, tapi perancangan Allah SWT lebih indah....3 minggu lebih Allah SWT bagi cuti, memang betul-betul mengadap dan ulit anak sepuas-puasnya la gamaknya. 

Syukur Alhamdulillah juga Mama Adam dah berjaya beroleh sijil PhD dalam penyusuan anak, iaitu genap 2 tahun menyusu badan anak kami ini. 24 bulan yang sangat indah ini, banyak turun naik dan pahit manisnya, semoga Allah SWT rezekikan susu badan selagi mana Allah SWT izinkan. Amin ya rabbal alamin.....

Sebelum PKP, mengumpul stok susu EBM ibarat kata mengais. Pump hari ini untuk bekalan stok esok. Itu pun kadang tak dapat nak bekalkan stok 14oz untuk susu 7 kali feeding sepanjang tempoh bekerja 8 jam. Perlu bersulam dengan air masak. Stok frozen EBM dalam deep freezer pun hanya ada 8oz sahaja, stok kecemasan jika stok chilled EBM tak cukup, berkursus di luar Melaka atau incase Mama tak sihat. Memang struggle.

Tapi alhamdulillah, sepanjang tempoh hampir 21 hari PKP ini, sedikit demi sedikit dapat buat stok frozen EBM hampir 80oz. Semoga ada rezeki untuk tampung stok susu anak semasa bulan Ramadhan nanti. InshaAllah!

2 comments:

Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)