Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah....syukur padaMu Ya Allah atas rezeki yang satu ini!
Tak sangka, hari ini genap 2 tahun penyusuan anak mengikut tahun hijrah. Nasib baik terjumpa satu posting dalam group tertutup breastfeeding tentang cara pengiraan genap tahun penyusuan berdasarkan kalender Islam atau kalendar Hijrah. Tetiba hati jadi sebak bila fikir perit jerih nak sampai ke tahap ini demi untuk melunaskan hak anak terhadap setiap titisan susu badan.
Bukan mudah, seriously bukan mudah. Dah la Mama jenis PCOS, which means that commonly known with issue like low milk supply. Ada susu badan tapi tak ada lah semeriah orang lain yang boleh buat stok frozen EBM sampai penuh satu deep freezer. 6 bulan pertama, alhamdulillah boleh buat stok frozen EBM sampai tahap terpaksa buang stok susu mencecah 100oz sebab dah melebihi tempoh masa. Sedihnya masa tu hanya Allah sahaja yang tahu. Tak sanggup nak tengok susu tu dibuang, minta tolong suami kumpulkan dan siram pada pokok. Sampai berbuah la pokok buah nona arwah Mak tanam duli dek kerana dapat susu badanku. Seingat aku, dua kali juga terpaksa buang stok susu frozen; 100+oz dan 80+oz. Lepas tu stok frozen EBM makin menyusut, aku perah susu dengan istilah "mengais"; perah hari ini untuk stok esok. Hari ini, cuma ada 10oz stok frozen EBM dalam deep freezer standby incase ada emergency (aku sakit/ warded/ berkursus).
Sepanjang menyusukan anak 2 tahun ini, syukur Alhamdulillah anak jenis yang boleh terima susu frozen EBM. Jenis tak banyak karenah, anak yang baik. Susu frozen boleh minum, susu chilled boleh minum...tak cerewet langsung. Ada hikmahnya aku belajar dan praktikkan amalan mengajar anak minum susu secara paced feeding dan hadkan 2oz perfeeding dengan total sebanyak 14oz sepanjang aku bekerja. 2oz perfeeding ini aku ajar anak sejak dari 2 minggu sebelum naik kerja lepas cuti bersalin sehingga saat ini. Memang aku tak pernah naikkan oz walaupun meningkat umur anak. Apantah lagi lepas usia 6 bulan dah boleh makan, susu 14oz mencukupi dan kadang tak habis kesemuanya dan boleh dicarry forward ke hari seterusnya.
Milk production pun sekarang mulai menurun seiring dengan masa. Dulu masa mula-mula, sehari dapat perah 18+oz sehari (waktu bekerja sahaja) sampai boleh buat stok frozen EBM yang banyak. Sekarang ni nak dapat kumpul stok susu EBM 14oz pun kena kumpul siang masa bekerja, dan sambung perah di rumah untuk mencukupkan angka 14oz tu. Berposak la bangun tengah malam perah susu dan kadang kala buat power-pumping (PP). Kadang dapat, kadang tak. Kalau rasa tak dapat sediakan oz yang mencukupi, pesan siap-siap penjaga untuk lebihkan air masak untuk anak.
Proses wean off? Wallahualam nampak gaya kedua-dua pihak belum bersedia lagi melangkah ke proses itu. Masih merindui saat-saat menyusukan anak, mata bertentang mata dan sifat manja anak masa berdua. Berbincang dengan suami, dia pun izinkan aku masih meneruskan penyusuan selagi susu badan masih ada. Kebetulan, bulan ini aku nekad maklumkan pada doktor KKIA yang aku nak stop suntikan perancang keluarga iaitu depo provera yang aku dah ambil hampir 2 tahun. Hasil pembacaan, akan mengambil masa berbulan-bulan malah mungkin hampir setahun untuk kembalikan kitaran haid sebelum fokus pada usaha TTC kedua. Takpelah, kita slow-slow dulu. Kalau ada rezeki anak kedua, adalah. Kalau takde, dah cukup bersyukur dengan rezeki anak bujang seorang ni. Amin ya rabbal alamin.
No comments:
Post a Comment
Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)